Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Wanita itu perlu diperlakukan sesuai peribadinya

Teks Bahasa Arab

تَعَيَّشُوا بِنِسَائِكِمْ، فَإِنَّ الرَّجُلَ يَعِيشَ مَعَ امْرَأَتِهِ أَرْبَعِينَ سَنَةً، فَإِنْ شَاءَ أَفْسَدَهَا، وَإِنْ شَاءَ أَصْلَحَهَا، فَإِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلْعٍ، إِنْ ‌بُلَّ ‌شَهْرَيْنِ لَمْ يَلِنْ، وَإِنْ أُقِيمَ لَمْ يَسْتَقِمْ، فَعَاشِرُوهُنَّ بِأَخْلاقِهِنّ.

Teks Bahasa Melayu

Tempuhilah kehidupan bersama-sama isterimu, sesungguhnya seorang lelaki yang hidup bersama isterinya 40 tahun, jika dia mahu dia boleh merosakkannya, jika dia mahu dia boleh memperbaikinya, sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, jika ia dilenturkan selama 2 bulan ia tidak akan menjadi lembut, jika diluruskan ia tidak mampu diluruskan, maka gaulilah mereka dengan akhlak (sesuai peribadi) mereka.

Sahabat Perawi

  1. al-Miqdam bin Ma’di Karib RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 629 - 630, hadis no. 3275. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الْمِقْدَامِ بْنِ مَعْدِي كَرِبٍ - رضي الله عنه -، قال: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:((تَعَيَّشُوا بِنِسَائِكِمْ، فَإِنَّ الرَّجُلَ يَعِيشَ مَعَ امْرَأَتِهِ أَرْبَعِينَ سَنَةً، فَإِنْ شَاءَ أَفْسَدَهَا، وَإِنْ شَاءَ أَصْلَحَهَا، فَإِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلْعٍ، إِنْ ‌بُلَّ ‌شَهْرَيْنِ لَمْ يَلِنْ، وَإِنْ أُقِيمَ لَمْ يَسْتَقِمْ، فَعَاشِرُوهُنَّ بِأَخْلاقِهِنّ)). [الطبراني في ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5545)].

(Lemah) Daripada al-Miqdam bin Ma’di Karib RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tempuhilah kehidupan bersama-sama isterimu, sesungguhnya seorang lelaki yang hidup bersama isterinya 40 tahun, jika dia mahu dia boleh merosakkannya, jika dia mahu dia boleh memperbaikinya, sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, jika ia dilenturkan selama 2 bulan ia tidak akan menjadi lembut, jika diluruskan ia tidak mampu diluruskan, maka gaulilah mereka dengan akhlak (sesuai peribadi) mereka.” [Riwayat al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5545].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.