Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
للنساءِ عَشْرُ عَوْراتٍ، فإذا زُوِّجتِ المرأةُ سَتَر الزوجُ عورةً، وإِذا ماتتِ المرأةُ سَتَر القبرُ تِسْعَ عَوْراتٍ.
Teks Bahasa Melayu
Wanita itu mempunyai sepuluh aurat. Apabila dia dinikahi, maka suaminya akan menutupi salah satu auratnya. Apabila wanita itu meninggal dunia, maka kubur akan menutupi sembilan lagi auratnya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 920, hadis no. 4720. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن علي -رضي الله عنه- مرفوعا: للنساء عشر عورات، فإذا زوجت المرأة ستر الزوج عورة، وإذا ماتت المرأة ستر القبر تسع عورات. [فر، الضعيفة (1397)].
(Munkar) Diriwayatkan daripada Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Wanita itu mempunyai sepuluh aurat. Apabila dia dinikahi, maka suaminya akan menutupi salah satu auratnya. Apabila wanita itu meninggal dunia, maka kubur akan menutupi sembilan lagi auratnya. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1397].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman