Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إني رأيتُها في الجنةِ، لمَّا كانت تلقطُ القَذَى من المسجدِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya aku melihat wanita itu di syurga ketika mana dia mengutip kotoran di masjid.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 704, hadis no. 3604. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA: Seorang wanita mengutip kotoran di dalam masjid. Lalu wanita itu meninggal dunia, Nabi SAW tidak dimaklumkan tentang pengebumiannya. Lalu Nabi SAW bersabda: Jika salah seorang daripada kalian meninggal dunia maka maklumkanlah kepadaku. Lantas Nabi menunaikan solat ke atasnya (jenazah wanita tersebut) kemudian bersabda: Sesungguhnya aku melihat wanita itu di syurga ketika mana dia mengutip kotoran di masjid. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6718].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman