Wanita ini menahan diri daripada yang dihalalkan Allah namun berbuka dengan yang diharamkan Allah

TEKS BAHASA ARAB

أن امرأتين صامتا، وأن رجلاً قال: يا رسول الله: إن ههنا امرأتين قد صامتا، وإنهما قد كادتا أن تموتا من العطش. فأعرض عنه، أو سكت. ثم عاد، وأراه قال: بالهاجرة. قال: يا نبي الله! إنهما والله قد ماتتا أو كادتا أن تموتا. قال: ادعهما. قال: فجاءتا. قال: فجيء بقدح أو عُسٍّ. فقال لإحداهما: قيئي. فقاءت قيحاً أو دماً وصديداً ولحماً، حتى قاءت نصف القدح. ثم قال للأخرى: قيئي. فقاءت من قيح ودم وصديد ولحم عبيط وغيره، حتى ملأت القدح. ثم قال: إن هاتين صامتا عما أحل الله، وأفطرتا على ما حرم الله عز وجل عليهما، جلست إحداهما إلى الأخرى؛ فجعلتا يأكلان لحوم الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ada dua wanita puasa dan seseorang berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya di sini ada dua wanita yang puasa, keduanya hampir mati kerana kehausan." Rasulullah SAW berpaling darinya atau diam. Orang itu mengulang dan memperlihatkan kepada beliau lalu berkata: "Wahai Nabi Allah! Sesungguhnya keduanya demi Allah telah mati atau hampir mati." Rasulullah SAW bersabda: "Panggil keduanya." Kedua wanita itu datang kemudian gelas besar didatangkan lalu beliau bersabda kepada salah satunya: "Muntahlah." Wanita itu memuntahkan nanah atau darah, nanah bercampur darah dan daging hingga memenuhi separuh bekas besar. Setelah itu Rasulullah SAW bersabda kepada yang satunya: "Muntahlah." Wanita itu memuntahkan nanah, darah, campuran nanah dan darah, daging, luka dan lainnya hingga memenuhi bekas besar. Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya kedua wanita ini menahan diri daripada yang dihalalkan Allah namun berbuka dengan yang diharamkan Allah ‘azza wajalla pada keduanya, salah satu daripada keduanya berteman dengan yang lain, keduanya kemudian memakan daging manusia."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1129, hadis nombor 5694. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبيد مولى رسول الله ﷺ: «أن امرأتين صامتا، وأن رجلاً قال: يا رسول الله: إن ههنا امرأتين قد صامتا، وإنهما قد كادتا أن تموتا من العطش. فأعرض عنه، أو سكت. ثم عاد، وأراه قال: بالهاجرة. قال: يا نبي الله! إنهما والله قد ماتتا أو كادتا أن تموتا. قال: ادعهما. قال: فجاءتا. قال: فجيء بقدح أو عُسٍّ. فقال لإحداهما: قيئي. فقاءت قيحاً أو دماً وصديداً ولحماً، حتى قاءت نصف القدح. ثم قال للأخرى: قيئي. فقاءت من قيح ودم وصديد ولحم عبيط وغيره، حتى ملأت القدح. ثم قال: إن هاتين صامتا عما أحل الله، وأفطرتا على ما حرم الله عز وجل عليهما، جلست إحداهما إلى الأخرى؛ فجعلتا يأكلان لحوم الناس». [حم، ((الضعيفة)) (519)]

(Lemah) Daripada ‘Ubaid RA yang merupakan mawla kepada Rasulullah SAW bahawa ada dua wanita puasa dan seseorang berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya di sini ada dua wanita yang puasa, keduanya hampir mati kerana kehausan." Rasulullah SAW berpaling darinya atau diam. Orang itu mengulang dan memperlihatkan kepada beliau lalu berkata: "Wahai Nabi Allah! Sesungguhnya keduanya demi Allah telah mati atau hampir mati." Rasulullah SAW bersabda: "Panggil keduanya." Kedua wanita itu datang kemudian gelas besar didatangkan lalu beliau bersabda kepada salah satunya: "Muntahlah." Wanita itu memuntahkan nanah atau darah, nanah bercampur darah dan daging hingga memenuhi separuh bekas besar. Setelah itu Rasulullah SAW bersabda kepada yang satunya: "Muntahlah." Wanita itu memuntahkan nanah, darah, campuran nanah dan darah, daging, luka dan lainnya hingga memenuhi bekas besar. Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya kedua wanita ini menahan diri daripada yang dihalalkan Allah namun berbuka dengan yang diharamkan Allah ‘azza wajalla pada keduanya, salah satu dari keduanya berteman dengan yang lain, keduanya kemudian memakan daging manusia."
[Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 519].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs