Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Wanita hodoh namun subur adalah lebih baik

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: سوءاء - وَفِي رِوَايَة سَوْدَاء - ولود خير من حسناء لَا تَلد، وَإِنِّي مُكَاثِر بكم الْأُمَم حَتَّى السقط لَا يزَال محبنطئاً - أَي: منتفخاً - على بَاب الْجنَّة، يُقَال: أَدخل الْجنَّة، فَيَقُول: يَا رب، وأبواي؟ فَيُقَال لَهُ: أَدخل الْجنَّة وأبواك.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Wanita hodoh -dalam riwayat lain: berkulit hitam- namun subur adalah lebih baik daripada perempuan yang cantik tetapi mandul. Sesungguhnya aku berbangga dengan bilangan kamu yang ramai. Hinggakan bayi yang gugur melambatkan diri masuk ke syurga. Dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam syurga". Dia menjawab: Wahai tuhan, kedua ibu-bapaku? Dikatakan kepadanya: Masuklah syurga dengan kedua ibubapamu.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 98, hadis no. 256. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أورده في الميزان وقال: قال ابن حبان: منكر لا أصل له.

Al-Zahabi memasukkannya dalam al-Mizan seraya berkata: Ibn Hibban berkata: Munkar, tiada asalnya.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.