Wang pendahuluan ialah milik sesiapa

TEKS BAHASA ARAB

العربون لمن عربن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wang pendahuluan ialah milik sesiapa yang barangannya masih dalam milik penjual.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 56, hadis nombor 310. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat Ahmad bin ‘Ali al-Ansari dan muridnya bernama Barakah ibn Muhammad al-Halabi, kedua-dua mereka didakwa melakukan pendustaan, namun al-Zahabi hanya mendakwa yang pertama sahaja (guru) yang melakukan pendustaan seraya berkata: Ia batil.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.