Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الْعَرَبُونُ لِمَنْ عَرْبَنَ.
Teks Bahasa Melayu
Wang pendahuluan ialah milik sesiapa yang barangannya masih dalam milik penjual.
Sahabat Perawi
- Ibn 'Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 56, hadis no. 310. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat Ahmad bin 'Ali al-Ansari dan muridnya bernama Barakah ibn Muhammad al-Halabi, kedua-dua mereka didakwa melakukan pendustaan, namun al-Zahabi hanya mendakwa yang pertama sahaja (guru) yang melakukan pendustaan seraya berkata: Ia batil.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman