Wali-wali-Ku yang terbaik kedudukan disisi-Ku adalah seorang mukmin yang mudah urusan hidupnya

TEKS BAHASA ARAB

أغبط أوليائي عندي منزلة رجل مؤمن خفيف الحاذ ذو حظ من صلاة غامضا في الناس فعجلت منيته وقلت بواكيه وقل تراثه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wali-wali-Ku yang terbaik kedudukan disisi-Ku adalah seorang mukmin yang mudah urusan hidupnya, mempunyai peruntukan daripada solat dan tidak terkenal dalam kalangan orang ramai. Lalu Aku percepatkan kematiannya. Sedikit orang yang menangisinya dan sedikit pula harta peninggalannya.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 34, hadis nombor 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف جداً.
أخرجه أحمد في المسند (5/ 252) وفي الزهد (ص – 11) والخطابي في العزلة (ص – 36) وابن الجوزي في الواهيات (2/ 636) عن مطرح أبي المهلب.. وأخرجه الترمذي (2347) والبغوي في شرح السنة (14/246) والطبراني (ج8/7829) والحاكم (4/123) عن يحيى بن أيوب، كلاهما عن عبيد الله بن زحر، عن علي بن يزيد، عن القاسم أبي عبد الرحمن، عن أبي أمامة مرفوعاً. وأخرجه ابن المبارك في الزهد (رقم 196- زوائد نعيم) قال: أنا عبيد الله بن زحر…إلخ.
قلت: كذا في المطبوعة وابن المبارك لم يدرك عبيد الله بن زحر، فقد سقط من الإسناد: يحيى بن أيوب شيخ ابن المبارك فيه. فقد رواه سويد بن نصر، وإبراهيم بن عبد الله الخلال عن ابن المبارك، عن يحيى بن أيوب به. وأستبعد أن يكون من أوهام نعيم بن حماد. والله أعلم.
قلت: وهذا سند ضعيف جداً، وفيه علل: عبيد الله بن زحر. قال ابن المديني: منكر الحديث ، وضعفه أحمد والدارقطني وغيرهما. قال ابن معين: (عبيد الله بن زحر، عن علي بن يزيد، عن القاسم، عن أبي أمامة، ضعاف كلها.
قلت: لكن ابن زحر، توبع، تابعه أبو عبد الرحيم، عن أبي عبد الملك، عن القاسم عن أبي أمامة مرفوعاً به.
أخرجه الآجري في الغرباء (رقم 35) قال: حدثنا الفرياني، قال: أخبرنا إسماعيل بن عبيد بن أبي كريمة الحراني، قال: حدثنا محمد بن سلمة الحرناني، عن أبي عبد الرحيم به. فأما الفريابي، وإسماعيل بن عبيد ومحمد بن سلمة الحراني فمن الثقات، وأبو عبد الرحيم، هو خال محمد بن سلمة واسمه خالد بن أبي يزيد بن سماك، وهو ثقة. وأبو عبد الملك هو علي بن يزيد الألهاني – والله اعلم.
علي بن يزيد الألهاني ضعفه أحمد وابن معين وأبو حاتم وغيرهم. قال البخاري: منكر الحديث. يعني: لا تحل الرواية عنه، كما هو مصطلحه وتركه النسائي والدارقطني والبرقي والأزدي وقال الحاكم أبو أحمد: ذاهب الحديث.
القاسم أبو عبد الرحمن مولى يزيد بن معاوية. كان أحمد بن حنبل يحمل عليه: ويجعل البلاء في الأحاديث منه. قال ابن حبان في المجروحين (2/ 62- 63) : إذا اجتمع في إسناد خبر: عبيد الله بن زحر، وعلي بن يزيد، والقاسم أبو عبد الرحمن، لا يكون متن ذلك الخبر إلا مما عملته أيديهم فلا يحل الاحتجاج بهذه الصحيفة.

Dha’if Jiddan. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ahmad dalam al-Musnad (5/252), juga dalam al-Zuhd (hlmn 11), al-Khattabi dalam al-‘Uzlah (hlmn 36), Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat (2/636) daripada Mutarrif Abi al-Muhallab. Juga dikeluarkan oleh al-Tirmizi (2347), al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (14/246), al-Tabarani (juz 8/7829), dan al-Hakim (4/123) daripada Yahya bin Ayyub. Kedua-dua mereka (Mutarrif dan Yahya) meriwayatkan daripada ‘Ubaidullah bin Zahr daripada ‘Ali bin Yazid daripada al-Qasim bin Abi ‘Abd al-Rahman daripada Abu Umamah secara marfuu’. Juga turut dikeluarkan oleh Ibn al-Mubarak dalam al-Zuhd (hadith nombbor 196 – Zawaid Nu’aim), katanya ‘Ubaidullah bin Zahr telah menceritakan kepada kami…"
Saya berkata: Demikianlah yang terdapat dalam edisi bercetak. Ibn al-Mubarak tidak sempat bertemu ‘Ubaidullah bin Zahr, maka telah gugur perawi bernama Yahya bin Ayyub daripada sanad tersebut yang merupakan guru kepada Ibn al-Mubarak. Suwaid bin Nasr dan Ibrahimm bin Abd Allah al-Khallal telah meriwayatkan daripada Ibn al-Mubarak daripada Yahya bin Ayyub dengan sanadnya. Saya mengelak untuk meletakkan kesalahan tersebut berpunca daripada kekeliruan Nu’aim bin Hammad. Wallahua’lam.
Saya berkata: Sanad ini dhaif jiddan, kerana dalam sanadnya terdapat beberapa kecacatan. ‘Ubaidullah bin Zahr, Ibn al-Madinii berkkata: Munkar al-Hadith. Ahmad, al-Daraqutni dan lain-lain telah menilai beliau sebagai dha’if. Ibn Ma’in pula berkata: Ubaidullah bin Zahr daripada ‘Ali bin Yazid daripada al-Qasim daripada Abu Umamah, kesemuanya dha’if.
Saya berkata: Namun, Ibn Zahr disokong riwayatnya oleh Abu ‘Abd al-Rahim daripada Abu ‘Abd al-Malik daripada al-Qasim daripada Abu Umamah secara marfu’ hadith tersebut. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Ajuri dalam al-Ghhuraba’ (hadith : 35), katanya al-Firyabi telah menceritakan kepada kami, katanya Isma’il bin ‘Ubaid bin Abi Karimah al-Harrani telah khabarkan kepada kami, katanya Muhammad bin Salamah al-Harnani daripada Abu ‘Abd al-Rahim dengan sanadnya. Adapun al-Firyabi, Isma’il bin ‘Ubaid dan Muhammad bin Salamah al-Harrani merupakan perawi-perawi thiqah. Manakala, Abu ‘Abd al-Rahim pula meruupakan bapa saudara kepada Muhammad bin salamah, namanya Khalid bin Abi Yazid bin Simak, beliau seorang yang thiqah. Abu ‘Abd al-Malik adalah ‘Ali bin Yazid al-Alhani Wallahua’lam. ‘Ali bin yazid al-Alhani telah dinilai dha’if oleh Ahmad, Ibn Ma’in, Abu Hatim dan lain-lain. Al-Bukhari berkata: Munkar al-Hadith, maksudnya tidak halal meriwayatkan hadith daripada beliau sebagaimana istilah al-Bukhari. Al-Nasa’i, al-Daraqutni, al-Barqi dan al-Azdi telah meninggalkan riwayat beliau. Al-Hakim Abu Ahmad pula berkata: Zahib al-Hadith.
Al-Qasim Abu ‘Abd al-Rahman adalah mawla Yazid bin Mu’awiyah. Ahmad bin Hanbal telah meletakkan kesalahan kepada beliau dan menjadikan kecacatan yang terdapat pada hadith-hadith adalah berpunca daripada beliau. Ibn Hibban berkata dalam al-Majruhin (2/62-63): Apabila dalam sanad hadith berhimpunnya ‘Ubaidullah bin Zahr, ‘Ali bin Yazid dan al-Qasim bin ‘Abd al-Rahman, matan hadith tersebut tidak lain melainkan hasil buatan tangan-tangan mereka. Oleh itu tidak harus berhujjah dengan sahifah (halaman-halaman) ini.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs