Wali-wali al-Abdal adalah dari golongan hamba

TEKS BAHASA ARAB

الأبدال من الموالي، ولا يبغض الموالي إلا منافق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wali-wali al-Abdal adalah dari golongan hamba. Tidaklah seseorang itu membenci hamba kecuali dia seorang munafik.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1790, hadis nombor 9021. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عطاء – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ «الأبدال من الموالي، ولا يبغض الموالي إلا منافق». [ابو داود في «اسئلة أبي عبيد الأجري له»، والحاكم في الكنيء، والذهبي في الميزان»، «الضعيفة» (1476)].

(Munkar) Daripada ‘Atho’ RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Wali-wali al-Abdal adalah dari golongan hamba. Tidaklah seseorang itu membenci hamba kecuali dia seorang munafik." [Riwayat Abu Daud dalam As'ilah Abi ‘Ubaid al-Aajurri Lahu, al-Hakim dan al-Zahabi dalam al-Mizan. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 1476]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.