Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الأبدالُ مِن المَوالي، ولا يبغَضُ المَوالي إلَّا مُنافقٌ.
Teks Bahasa Melayu
Wali-wali al-Abdal adalah dari golongan hamba. Tidaklah seseorang itu membenci hamba kecuali dia seorang munafik.
Sahabat Perawi
- Atho’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1790, hadis no. 9021. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عطاء - رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ «الأبدال من الموالي، ولا يبغض الموالي إلا منافق». [ابو داود في «اسئلة أبي عبيد الأجري له»، والحاكم في الكنيء، والذهبي في الميزان»، «الضعيفة» (1476)].
(Munkar) Daripada ‘Atho’ RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Wali-wali al-Abdal adalah dari golongan hamba. Tidaklah seseorang itu membenci hamba kecuali dia seorang munafik." [Riwayat Abu Daud dalam As'ilah Abi ‘Ubaid al-Aajurri Lahu, al-Hakim dan al-Zahabi dalam al-Mizan. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 1476]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman