Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الأبدالُ أربعونَ رجلًا، وأربعونَ امرأةً، كلَّما ماتَ رجلٌ أبدلَ اللَّهُ رجلًا مَكانَهُ، وإذا ماتَت امرأةٌ، أبدلَ اللَّهُ مَكانَها امرأةً.
Teks Bahasa Melayu
Wali al-Abdal itu terdiri dari 40 orang lelaki dan 40 perempuan. Apabila salah seorang lelaki itu mati, Allah akan menggantikan dengan lelaki yang lain. Dan apabila salah seorang perempuan itu mati, Allah akan menggantikan dengan perempuan yang lain.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1806, hadis no. 9106. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الأبدال أربعون رجلا، وأربعون امرأة، كلما مات رجل أبدل الله رجلا مكانه، وإذا ماتت امرأة، أبدل الله مكانها امرأة)). [الخلال في ((كرامات الأولياء))، فر، ((الضعيفة)) (2498)]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): "Wali al-Abdal itu terdiri dari 40 orang lelaki dan 40 perempuan. Apabila salah seorang lelaki itu mati, Allah akan menggantikan dengan lelaki yang lain. Dan apabila salah seorang perempuan itu mati, Allah akan menggantikan dengan perempuan yang lain." [Riwayat al-Khallal dalam Karamat al-Auliya’ dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2498]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman