TEKS BAHASA ARAB
الأبدال في هذه الأمة ثلاثون، مثل إبراهيم خليل الرحمن عز وجل ، كلما مات رجل أبدل الله تبارك و تعالى مكانه رجلا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wali al-Abdal dalam umat ini ada 30 orang, seperti Nabi Ibrahim AS khalil al-Rahman ‘Azza wa Jalla. Apabila matinya seseorang dari mereka, Allah akan gantikan tempatnya dengan orang lain.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1786, hadis nombor 8992. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبادة بن الصامت -رضي الله عنه – مرفوعاً: «الأبدال في هذه الأمة ثلاثون، مثل إبراهيم خليل الرحمن – عز وجل -، كلما مات رجل أبدل الله -تبارك وتعالى – مكانه رجلاً». [حم، الشاشي في «مسئله»، الخلال في «كرامات الأولياء»، أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، ابن عساكر، «الضعيفة» (936)].
(Munkar) Daripada ‘Ubadah bin Samit RA, Nabi SAW bersabda: “Wali al-Abdal dalam umat ini ada 30 orang, seperti Nabi Ibrahim AS khalil al-Rahman ‘Azza wa Jalla. Apabila matinya seseorang dari mereka, Allah akan gantikan tempatnya dengan orang lain.” [Riwayat Ahmad, al-Syasyi dalam Masa'ilnya, al-Khallal dalam Karamat al-Anbiya', Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no 936]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.