Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الأبدالُ في هذِهِ الأمَّةِ ثلاثونَ، مثلَ إبراهيمَ خليلُ الرحمنِ عزَّ وجلَّ، كلَّما ماتَ رجلٌ أبدَلَ اللهُ تبارَكَ و تعالى مكانَهُ رجلًا.
Teks Bahasa Melayu
Wali al-Abdal dalam umat ini ada 30 orang, seperti Nabi Ibrahim AS khalil al-Rahman 'Azza wa Jalla. Apabila matinya seseorang dari mereka, Allah akan gantikan tempatnya dengan orang lain.
Sahabat Perawi
- Ubadah bin Samit RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1786, hadis no. 8992. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبادة بن الصامت -رضي الله عنه - مرفوعاً: «الأبدال في هذه الأمة ثلاثون، مثل إبراهيم خليل الرحمن - عز وجل -، كلما مات رجل أبدل الله -تبارك وتعالى - مكانه رجلاً». [حم، الشاشي في «مسئله»، الخلال في «كرامات الأولياء»، أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، ابن عساكر، «الضعيفة» (936)].
(Munkar) Daripada 'Ubadah bin Samit RA, Nabi SAW bersabda: “Wali al-Abdal dalam umat ini ada 30 orang, seperti Nabi Ibrahim AS khalil al-Rahman 'Azza wa Jalla. Apabila matinya seseorang dari mereka, Allah akan gantikan tempatnya dengan orang lain.” [Riwayat Ahmad, al-Syasyi dalam Masa'ilnya, al-Khallal dalam Karamat al-Anbiya', Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no 936]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman