Musim sejuk kami ialah musim bunga

TEKS BAHASA ARAB

إن خير الماء الشبم، وخير المال الغنم، وخير المرعى الأراك والسلم إذا أخلف كان لجينا، وإذا سقط كان درينا، وإذا أكل كان لبينا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik air ialah air sejuk, sebaik-baik harta pula ialah kambing dan sebaik-baik makanan kembala ialah pohon al-Arak dan pohon al-Salam yang apabila dibiarkan ia akan kering dan gugur, dan apabila gugur ia akan berderai dan apabila dimakan ia memberi susu yang banyak

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 599, hadis nombor 3094. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن عباس – رضي الله عنهما – أنه قال: شتاؤنا ربيع، وماؤنا يميع أو يريع لا يقام ماتحا، ولا يحسر صابحها، ولا يعزب سارحها، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن خير الماء الشبم، وخير المال الغنم، وخير المرعى الأراك والسلم إذا أخلف كان لجينا، وإذا سقط كان درينا، وإذا أكل كان لبينا)). [ابن قتيبة في ((غريب الحديث))، فر، ((الضعيفة)) (1773)].

(Palsu)

Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa beliau berkata: Musim sejuk kami ialah musim bunga, air kami mengalir atau datang kembali, (sehingga) orang yang ingin mengambilnya tidak perlu tali pencedok, mudah bagi orang yang ingin mendapatkannya di pagi hari dan limpahannya juga tidak menghilang. Rasulullah ﷺ lalu bersabda: “Sebaik-baik air ialah air sejuk, sebaik-baik harta pula ialah kambing dan sebaik-baik makanan kembala ialah pohon al-Arak dan pohon al-Salam yang apabila dibiarkan ia akan kering dan gugur, dan apabila gugur ia akan berderai dan apabila dimakan ia memberi susu yang banyak”.
[Riwayat Ibn Qutaibah dalam Gharib al-Hadis dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1773]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs