Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أي الليلِ أفضلُ؟ فقال: جَوفُ اللّيلِ الأوسطِ.
Teks Bahasa Melayu
Waktu malam yang manakah yang paling baik? Baginda bersabda: Waktu malam yang paling baik adalah di pertengahan malam.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1575, hadis no. 7971. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن الحسن-، قال: إن النبي صلى الله عليه وسلم سـئــل: أي الليل أفضل؟ فقال: ((أفضل الليل جوف الليل الأوسط)). [ش، ((الضعيفة)) (7036))].
(Munkar) Daripada al-Hasan, beliau berkata: Bahawa Nabi SAW telah ditanya: Waktu malam yang manakah yang paling baik? Baginda bersabda: “Waktu malam yang paling baik adalah di pertengahan malam”. [Riwayat Muṣannaf Ibn Abī Shaybah, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.7036].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman