Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Waktu malam yang paling afdal ialah bahagian pertengahan malam

Teks Bahasa Arab

أفضلُ الليلِ جوفُ الليلِ الأوسطِ.

Teks Bahasa Melayu

Waktu malam yang paling afdal ialah bahagian pertengahan malam.

Sahabat Perawi

  1. Al-Hasan RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 366, hadis no. 1954. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن الحسن، قال: إن النبي ﷺ سئل: أي الليل أفضل؟ فقال: «جوف الليل الأوسط». [ش، «الضعيفة» (7036)].

(Munkar) Daripada al-Hasan RA, beliau berkata: Sesungguhnya Nabi ﷺ ditanya: "Waktu malam yang manakah paling afdal?". Maka baginda menjawab:"Bahagian pertengahan malam". [Riwayat Ibn Abi Shaybah dalam al-Musannaf. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7036].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.