Waktu kematian diputuskan dari bulan Syaaban ke bulan Syaaban

TEKS BAHASA ARAB

تقطع الآجال من شعبان إلى شعبان، حتى إن الرجل لينكح ويولد له وقد خرج اسمه في الموتى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Waktu kematian diputuskan dari bulan Syaaban ke bulan Syaaban, sehinggalah seseorang mendirikan perkahwinan dan memperolehi anak sedangkan namanya telah keluar daripada (senarai) orang yang mati.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2071, hadis nombor 10400. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن عثمان بن محمد، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: تقطع الآجال من شعبان إلى شعبان، حتى إن الرجل لينكح ويولد له وقد خرج اسمه في الموتى.
[ابن جرير الطبري، هب، ((الضعيفة)) (6607)]

(Munkar)
Daripada ‘Uthmān bin Muḥammad, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Waktu kematian diputuskan dari bulan Syaaban ke bulan Syaaban, sehinggalah seseorang mendirikan perkahwinan dan memperolehi anak sedangkan namanya telah keluar daripada (senarai) orang yang mati.
[Riwayat Ibn Jarīr al-Ṭabarī dalam Tafsirnya dan al-Baihaqī dalam Syu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6607]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs