Waktu Isya' adalah tatkala malam memenuhi seluruh perut (pertengahan) lembah

TEKS BAHASA ARAB

سئل رسول الله – صلى الله عليه وسلم- وقت العشاء؛ إذا ملأ الليل بطن كل واد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ditanyakan kepada Rasulullah SAW tentang waktu Isya’? lalu beginda menjawab: Tatkala malam memenuhi seluruh perut (pertengahan) lembah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 301, hadis nombor 1590. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنه -، قالت: سئل رسول الله – صلى الله عليه وسلم – عن وقت العشاء؟ قال: ((إذا ملأ الليل بطن كل واد)).
[طس، ((الضعيفة)) (4750)]

(Lemah) Daripada ‘Aisyah RA beliau berkata: Ditanyakan kepada Rasulullah SAW tentang waktu Isya’? lalu beginda menjawab: Tatkala malam memenuhi seluruh perut (pertengahan) lembah.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4750]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs