Waktu doa menjadi mustajab adalah semasa muazzin sedang melaungkan azan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عند أذان المؤذن يستجاب الدعاء، فإذا كان الإقامة لا ترد دعوته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

(Waktu) doa menjadi mustajab adalah semasa muazzin sedang melaungkan azan dan apabila waktu iqamah, doanya (yang dipohon) juga tidak ditolak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 287, hadis nombor 1502. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه – مرفوعا: «عند أذان المؤذن يستجاب الدعاء، فإذا كان الإقامة لا ترد دعوته».
[خط، «الضعيفة» (3919)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): (Waktu) doa menjadi mustajab adalah semasa muazzin sedang melaungkan azan dan apabila waktu iqamah, doanya (yang dipohon) juga tidak ditolak.
[Riwayat Tarikh Baghdad oleh al-Khatib al-Baghdadi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3919]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.