Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ساعةُ السُّبحةِ؛ حين تزولُ الشمسُ عن كبدِ السماءِ، وهي صلاةُ المخبِتينَ، وأفضلُها في شدَّةِ الحرِّ.
Teks Bahasa Melayu
Waktu al-Subhah, iaitu ketika gelincirnya matahari daripada pertengahan langit, dan ia merupakan (waktu) solat golongan yang merendah diri dan waktunya yang paling afdhal adalah semasa teriknya kepanasan.
Sahabat Perawi
- ‘Auf bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 282, hadis no. 1470. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عوف بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((ساعة السبحة؛ حين تزول الشمس عن كبد السماء، وهي صلاة المخبتين، وأفضلها في شدة الحر)). [ابن شاهين، ((الضعيفة)) (3681)]
(Terlalu Daif) Daripada ‘Auf bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) : Waktu al-Subhah, iaitu ketika gelincirnya matahari daripada pertengahan langit, dan ia merupakan (waktu) solat golongan yang merendah diri dan waktunya yang paling afdhal adalah semasa teriknya kepanasan. [Riwayat Ibn Shahin. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3681]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman