TEKS BAHASA ARAB
على الخمسين جمعة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wajib solat Jumaat kepada (bilangan yang cukup) 50 orang.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 54, hadis nombor 292. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith tersebut ada lafaz berbaki yang tidak disebutkan oleh penulis (al-Suyuti), iaitu: Tidak wajib Jumaat bagi bilangan yang kurang daripada itu. Ia palsu secara pasti, tidak ada satu pun hadith yang sabit berkenaan bilangan bagi solat Jumaat.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.