Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عَلَى الخَمْسِينَ جْمُعَةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Wajib solat Jumaat kepada (bilangan yang cukup) 50 orang.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 54, hadis no. 292. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith tersebut ada lafaz berbaki yang tidak disebutkan oleh penulis (al-Suyuti), iaitu: Tidak wajib Jumaat bagi bilangan yang kurang daripada itu. Ia palsu secara pasti, tidak ada satu pun hadith yang sabit berkenaan bilangan bagi solat Jumaat.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman