Wajib kepada setiap lelaki yang telah bermimpi, seperti kewajiban mandi junub

TEKS BAHASA ARAB

غسل يوم الجمعة واجب على كل محتلم، كغسل الجنابة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mandi pada hari Jumaat adalah wajib kepada setiap lelaki yang telah bermimpi, seperti kewajiban mandi junub.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1205, hadis nombor 6126. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه مرفوعاً: غسل يوم الجمعة واجب على كل محتلم، كغسل الجنابة.
[حب، ((الضعيفة)) (3958)]

(Lemah)
Daripada Abi Sa’id al-Khudri RA secara marfu’: Mandi pada hari Jumaat adalah wajib kepada setiap lelaki yang telah bermimpi, seperti kewajiban mandi junub.
[Riwayat Ibn Hibban. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3958]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs