TEKS BAHASA ARAB
عليكم بالتواضع، فإن التواضع في القلب، ولا يؤذين مسلم مسلماً، فلرب متضاعف في أطمار، لو أقسم على الله – عز وجل – لأبره.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wajib bagi kamu bersifat tawaduk, sesungguhnya tawaduk itu daripada hati, janganlah menyakiti sesama Muslim, berkemungkinan orang yang berpakaian lusuh itu jika dia bersumpah dengan nama Allah, Dia akan tunaikannya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2000, hadis nombor 10026. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أبي أمامة – الله عنه – مرفوعاً: عليكم بالتواضع، فإن التواضع في القلب، ولا يؤذين مسلم مسلماً، فلرب متضاعف في أطمار، لو أقسم على الله – عز وجل – لأبره،
[طب، ((الضعيفة)) (2443)]
(Palsu)
Daripada Abu Umamah RA. -diriwayat secara marfu’-: Wajib bagi kamu bersifat tawaduk, sesungguhnya tawaduk itu daripada hati, janganlah menyakiti sesama Muslim, berkemungkinan orang yang berpakaian lusuh itu jika dia bersumpah dengan nama Allah, Dia akan tunaikannya.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2443]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.