Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عليكم بالتواضعِ، فإنَّ التواضعَ في القلبِ، ولا يُؤْذِيَنَّ مسلمٌ مسلمًا، فَلَرُبَّ مُتضاعِفٌ في أطمارٍ، لو أَقسم على اللهِ - عز وجل - لَأَبَرَّهُ.
Teks Bahasa Melayu
Wajib bagi kamu bersifat tawaduk, sesungguhnya tawaduk itu daripada hati, janganlah menyakiti sesama Muslim, berkemungkinan orang yang berpakaian lusuh itu jika dia bersumpah dengan nama Allah, Dia akan tunaikannya.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2000, hadis no. 10026. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي أمامة - الله عنه - مرفوعاً: عليكم بالتواضع، فإن التواضع في القلب، ولا يؤذين مسلم مسلماً، فلرب متضاعف في أطمار، لو أقسم على الله - عز وجل - لأبره، [طب، ((الضعيفة)) (2443)]
(Palsu) Daripada Abu Umamah RA. -diriwayat secara marfu’-: Wajib bagi kamu bersifat tawaduk, sesungguhnya tawaduk itu daripada hati, janganlah menyakiti sesama Muslim, berkemungkinan orang yang berpakaian lusuh itu jika dia bersumpah dengan nama Allah, Dia akan tunaikannya. [Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2443]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman