Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Wajah yang cantik merupakan harta

Teks Bahasa Arab

حُسْنُ الوَجْهِ مالٌ، وحُسْنُ الشَّعْرِ مالٌ، وحُسْنُ اللِّسانِ مالٌ، والمالُ مالٌ.

Teks Bahasa Melayu

Wajah yang cantik merupakan harta, rambut yang cantik merupakan harta dan lisan yang baik merupakan harta, dan harta adalah harta.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 189, hadis no. 972. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((حسن الوجه مال، وحسن الشعر مال، وحسن اللسان مال، والمال مال)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، فر، ((الضعيفة)) (‌‌1764)]

(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Wajah yang cantik merupakan harta, rambut yang cantik merupakan harta dan lisan yang baik merupakan harta, dan harta adalah harta. [Riwayat Abu Nu’aym dalam Akhabar Asbahan dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1764]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.