TEKS BAHASA ARAB
إن أهل عليين ليشرف أحدهم على الجنة، فيضيء وجهه لأهل الجنة؛ كما يضيء القمر ليلة البدر لأهل الدنيا، وإن أبا بكر وعمر منهم وأنعما.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya salah seorang ahli ‘Illiyyin (penduduk syurga tertinggi) mereka akan menjenguk ke syurga. Lalu wajahnya bercahaya menyinari kepada ahli syurga sepertimana bulan menyinari penduduk dunia ketika malam purnama. Sesungguhnya Abu Bakr dan Umar daripada golongan itu dan mereka diberi nikmat.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 716, hadis nombor 3660. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: إن أهل عليين ليشرف أحدهم على الجنة، فيضيء وجهه لأهل الجنة؛ كما يضيء القمر ليلة البدر لأهل الدنيا، وإن أبا بكر وعمر منهم وأنعما.
[السهمي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7110)]
(Munkar)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya salah seorang ahli ‘Illiyyin (penduduk syurga tertinggi) mereka akan menjenguk ke syurga. Lalu wajahnya bercahaya menyinari kepada ahli syurga sepertimana bulan menyinari penduduk dunia ketika malam purnama. Sesungguhnya Abu Bakr dan Umar daripada golongan itu dan mereka diberi nikmat.
[Riwayat Al-Sahmi dalam Tarikh Jurjan, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Dhaifah (7110)]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.