Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Wajah ahli 'illiyyin bercahaya menyinari ahli syurga

Teks Bahasa Arab

إنَّ أهلَ علِّيِّينَ لَيُشْرِفُ أحدُهُمْ على الجنةِ، فيُضِيءُ وجْهُهُ لأهْلِ الجنةِ؛ كَمَا يُضِيءُ القَمَرُ ليلةَ البدْرِ لأهلِ الدنيا، وإنَّ أبا بَكرٍ وعُمَرَ مِنْهمْ وأَنْعَمَا.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya salah seorang ahli ‘Illiyyin (penduduk syurga tertinggi) mereka akan menjenguk ke syurga. Lalu wajahnya bercahaya menyinari kepada ahli syurga sepertimana bulan menyinari penduduk dunia ketika malam purnama. Sesungguhnya Abu Bakr dan Umar daripada golongan itu dan mereka diberi nikmat.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 716, hadis no. 3660. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: إن أهل عليين ليشرف أحدهم على الجنة، فيضيء وجهه لأهل الجنة؛ كما يضيء ‌القمر ‌ليلة ‌البدر لأهل الدنيا، وإن أبا بكر وعمر منهم وأنعما. [السهمي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7110)]

(Munkar) Daripada Abu Sa'id al-Khudri RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya salah seorang ahli ‘Illiyyin (penduduk syurga tertinggi) mereka akan menjenguk ke syurga. Lalu wajahnya bercahaya menyinari kepada ahli syurga sepertimana bulan menyinari penduduk dunia ketika malam purnama. Sesungguhnya Abu Bakr dan Umar daripada golongan itu dan mereka diberi nikmat. [Riwayat Al-Sahmi dalam Tarikh Jurjan, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Dhaifah (7110)]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.