TEKS BAHASA ARAB
حديث: يا زبير: إن باب الرزق مفتوح من لدن العرش إلى قرار بطن الأرض فيرزق الله كل عبد على قدر همته يا زبير: إن الله يحب السخاء ولو بفلق تمرة ويحب الشجاعة ولو بقتل الحية والعقرب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Wahai Zubair, sesungguhnya pintu rezeki itu terbuka dari atas arasy sehingga kedalam perut bumi. Allah memberikan rezeki kepada setiap hamba berdasarkan kadar usahanya. Wahai Zubair, sesungguhnya Allah mencintai orang yang dermawan walau dengan separuh kurma, mencintai keberanian walau dengan membunuh ular atau kala jengking.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 76, hadis nombor 36. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن عدي عن أسماء بنت أبي بكر مرفوعا وفي إسناده: عبد الله ابن محمد بن يحيى بن عروة بن الزبير يروي الموضوعات عن الأثبات.
Ibn Adiy meriwayatkan daripada Asma binti Abu Bakar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Abdullah bin Muhammad bin Yahya bin Urwah bin al-Zubair yang meriwayatkan hadith-hadith palsu dari perawi terpecaya.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.