Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Zubair, sesungguhnya pintu rezeki itu terbuka dari atas arasy sehingga kedalam perut bumi

Teks Bahasa Arab

حديث: يا زبير: إن باب الرزق مفتوح من لدن العرش إلى قرار بطن الأرض فيرزق الله كل عبد على قدر همته يا زبير: إن الله يحب السخاء ولو بفلق تمرة ويحب الشجاعة ولو بقتل الحية والعقرب.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Wahai Zubair, sesungguhnya pintu rezeki itu terbuka dari atas arasy sehingga kedalam perut bumi. Allah memberikan rezeki kepada setiap hamba berdasarkan kadar usahanya. Wahai Zubair, sesungguhnya Allah mencintai orang yang dermawan walau dengan separuh kurma, mencintai keberanian walau dengan membunuh ular atau kala jengking.

Sahabat Perawi

  1. Asma binti Abu Bakar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 76, hadis no. 36. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن أسماء بنت أبي بكر مرفوعا وفي إسناده: عبد الله ابن محمد بن يحيى بن عروة بن الزبير يروي الموضوعات عن الأثبات.

Ibn Adiy meriwayatkan daripada Asma binti Abu Bakar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Abdullah bin Muhammad bin Yahya bin Urwah bin al-Zubair yang meriwayatkan hadith-hadith palsu dari perawi terpecaya.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.