Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Wahai yang meminta! Adakah seseorang telah memberikan kepada kamu sesuatu?

Teks Bahasa Arab

نزلت هذه الآيةُ على رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ : { إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ }، فخرج رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ ودخل المسجدَ ؛ والناسُ يصلون بين راكعٍ وقائمٍ يصلي ؛ فإذا سائلٌ، قال : يا سائلُ ! أعطاك أحدٌ شيئًا ؟ فقال : لا ؛ إلا هذا الراكعُ - لعليِّ - أعطاني خاتمًا.

Teks Bahasa Melayu

Telah turun ayat ini kepada Rasulullah SAW, “{Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)}” [al-Maidah: 55], lalu Rasulullah SAW keluar dan memasuki masjid. Manusia yang lain pada ketika itu sedang solat di antara ruku’ dan berdiri. Tiba-tiba terdapat seorang yang meminta. Kata Rasulullah SAW: Wahai yang meminta! Adakah seseorang telah memberikan kepada kamu sesuatu? Jawabnya: Tidak, melainkan orang yang rukuk ini iaitu Ali. Dia telah memberikan kepadaku cincin.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1497, hadis no. 7634. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن علي بن أبي طالب قال: نزلت هذه الآية على رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: "إنما وليكم الله ورسوله والذين آمنوا الذين يقيمون الصلاة ويؤتون الزكاة وهم راكعون"، فخرج رسول الله - صلى الله عليه وسلم - ودخل المسجد؛ والناس يصلون بين راكع وقائم يصلي؛ فإذا سائل، قال: يا سائل! أعطاك أحد شيئاً؟ فقال: لا؛ إلا هذا الراكع - لعلي - أعطاني خاتماً. [الحاكم في ((علوم الحديث، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4921)]

(Munkar) Daripada Ali RA berkata: Telah turun ayat ini kepada Rasulullah SAW, “{Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)}” [al-Maidah: 55], lalu Rasulullah SAW keluar dan memasuki masjid. Manusia yang lain pada ketika itu sedang solat di antara ruku’ dan berdiri. Tiba-tiba terdapat seorang yang meminta. Kata Rasulullah SAW: Wahai yang meminta! Adakah seseorang telah memberikan kepada kamu sesuatu? Jawabnya: Tidak, melainkan orang yang rukuk ini iaitu Ali. Dia telah memberikan kepadaku cincin. [Riwayat al-Hakim fi Ulum al-Hadith dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4921]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.