Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا وائل بن حجر! إذا صليت؛ فاجعل يديك حذاء أذنيك، والمرأة تجعل يديها حذاء ثدييها.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Wa’il bin Hujr! Apabila kamu solat, jadikanlah tangan-mu separas telinga-mu, dan wanita, dia jadikan tangan-nya separas dada-nya.
Sahabat Perawi
- Wa'il bin Hujr RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 317, hadis no. 1671. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Dari Wa’il bin Hujr RA, dia berkata: Aku telah menemui Nabi SAW, lalu baginda bersabda: Ini Wa’il bin Hujr. Dia datang kepada kalian bukan kerana suatu galakan atau ketakutan. Dia datang kerana cinta kepada Allah dan kepada rasul-Nya. Baginda membentangkan buatnya kain ridak baginda dan mempersilakan dia duduk di sebelah baginda, baginda memeluknya dan baginda membawanya naik minbar lantas memberi ucapan kepada orang ramai. Lalu baginda bersabda kepada para sahabat baginda: Kalian temanilah dia sesungguhnya dia adalah raja yang baru ditabalkan. Lalu aku berkata: Sesungguhnya isteriku telah menewaskan aku terhadap yang aku miliki. Sabda baginda: Aku berikan dia kepada-mu dan aku berikan kamu gandaannya. Lantas Rasulullah SAW berkata kepadaku: Wahai Wa’il bin Hujr! Apabila kamu solat, jadikanlah tangan-mu separas telinga-mu, dan wanita, dia jadikan tangan-nya separas dada-nya. [Riwayat al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Kabir, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5500]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman