Wahai Wahsyi keluarlah dan berperanglah di jalan Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا وحشي! اخرج؛ فقاتل؛ في سبيل الله كما قاتلت لتصد عن سبيل الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Wahsyi keluarlah dan berperanglah di jalan Allah seperti mana kamu pernah berperang untuk menghalang dari jalan Allah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1919 hadis nombor 9639. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن وحشي رضي الله عنه، قال: أتيت رسول الله ﷺ فقال لي: وحشي؟ فقلت: نعم. قال: أقتلت حمزة؟ قلت: نعم؛ والحمد لله الذي أكرمه بيدي، ولم يُهِنِّي بيديه. فقالت له قريش: أتحبه وهو قاتل حمزة؟! فقلت: يا رسول الله! فاستغفر لي! فتفل في الأرض ثلاثة، ودفع في صدري ثلاثة، وقال: يا وحشي! اخرج؛ فقاتل؛ في سبيل الله كما قاتلت لتصد عن سبيل الله.
[طب، ((الضعيفة)) (5938)]

(Munkar)
Daripada Wahsyi RA, beliau berkata: Aku datang kepada Rasulullah SAW. Lalu Baginda bersabda kepada aku: Wahai Wahsyi. Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Adakah kamu membunuh Hamzah? Aku berkata: Ya. Segala puji bagi Allah yang telah memuliakannya dengan tangan aku dan dia tidak menghina aku dengan kedua tangannya. Kaum Quraisy berkata kepada Baginda: Adakah kamu menyukainya sedangkan dia adalah pembunuh Hamzah. Aku berkata: Wahai Rasulullah, mohonlah keampunan untuk aku. Lalu Baginda meludah ke tanah tiga kali dan menepuk dada aku tiga kali. Baginda bersabda: Wahai Wahsyi keluarlah dan berperanglah di jalan Allah seperti mana kamu pernah berperang untuk menghalang dari jalan Allah.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5938]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.