Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا وحشيُّ! اخرج؛ فقاتِلْ؛ في سبيلِ اللهِ كما قاتلتَ لتصدَّ عن سبيلِ اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Wahsyi keluarlah dan berperanglah di jalan Allah seperti mana kamu pernah berperang untuk menghalang dari jalan Allah.
Sahabat Perawi
- Wahsyi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1919, hadis no. 9639. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن وحشي رضي الله عنه، قال: أتيت رسول الله ﷺ فقال لي: وحشي؟ فقلت: نعم. قال: أقتلت حمزة؟ قلت: نعم؛ والحمد لله الذي أكرمه بيدي، ولم يُهِنِّي بيديه. فقالت له قريش: أتحبه وهو قاتل حمزة؟! فقلت: يا رسول الله! فاستغفر لي! فتفل في الأرض ثلاثة، ودفع في صدري ثلاثة، وقال: يا وحشي! اخرج؛ فقاتل؛ في سبيل الله كما قاتلت لتصد عن سبيل الله. [طب، ((الضعيفة)) (5938)]
(Munkar) Daripada Wahsyi RA, beliau berkata: Aku datang kepada Rasulullah SAW. Lalu Baginda bersabda kepada aku: Wahai Wahsyi. Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Adakah kamu membunuh Hamzah? Aku berkata: Ya. Segala puji bagi Allah yang telah memuliakannya dengan tangan aku dan dia tidak menghina aku dengan kedua tangannya. Kaum Quraisy berkata kepada Baginda: Adakah kamu menyukainya sedangkan dia adalah pembunuh Hamzah. Aku berkata: Wahai Rasulullah, mohonlah keampunan untuk aku. Lalu Baginda meludah ke tanah tiga kali dan menepuk dada aku tiga kali. Baginda bersabda: Wahai Wahsyi keluarlah dan berperanglah di jalan Allah seperti mana kamu pernah berperang untuk menghalang dari jalan Allah. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5938]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman