Wahai Wahsyi! Keluarlah berperang di jalan Allah seperti mana kamu berperang untuk menghalang orang keluar di jalan Allah

TEKS BAHASA ARAB

أتيت رسول الله ﷺ فقال لي: وحشي؟ فقلت: نعم. قال: أقتلت حمزة؟ قلت: نعم. والحمدلله الذي أكرمه بيدي ولم يهنّي بيديه. فقالت له قريش: أتحبه وهو قاتل حمرة؟ فقلت: يا رسول الله فاستغفر لي فتفل في الأرض ثلاثة ودفع في صدري ثلاثة وقال: يا وحشي اخرج فقاتل في سبيل الله كما قاتلت لتصدّ عن سبيل الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku datang bertemu Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda kepadaku: Kamu Wahsyi? Aku menjawab: Ya. Baginda bersabda: Adakah kamu yang membunuh Hamzah?. Aku menjawab: Ya. Segala puji bagi Allah yang memuliakan dirinya di tanganku dan tidak menghinakanku dengan kedua tangannya. Lalu seseorang dari kalangan Quraisy berkata kepada Baginda: Adakah kamu suka sedangkan dia telah membunuh Hamzah? Aku berkata: Wahai Rasulullah! Pohonlah keampunan untuk aku. Lalu Baginda SAW meludah ke tanah sebanyak tiga kali dan menepuk dadaku sebanyak tiga kali. Kemudian Baginda bersabda: Wahai Wahsyi! Keluarlah berperang di jalan Allah seperti mana kamu berperang untuk menghalang orang keluar di jalan Allah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1019, hadis nombor 5242. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن وحشي رضي الله عنه قال: أتيت رسول الله ﷺ فقال لي: وحشي؟ فقلت: نعم. قال: أقتلت حمزة؟ قلت: نعم. والحمدلله الذي أكرمه بيدي ولم يهنّي بيديه. فقالت له قريش: أتحبه وهو قاتل حمرة؟ فقلت: يا رسول الله فاستغفر لي فتفل في الأرض ثلاثة ودفع في صدري ثلاثة وقال: يا وحشي اخرج فقاتل في سبيل الله كما قاتلت لتصدّ عن سبيل الله. [طب, الضعيفة (5938)]

(Munkar) Daripada Wahsyi RA, beliau berkata: Aku datang bertemu Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda kepadaku: Kamu Wahsyi? Aku menjawab: Ya. Baginda bersabda: Adakah kamu yang membunuh Hamzah?. Aku menjawab: Ya. Segala puji bagi Allah yang memuliakan dirinya di tanganku dan tidak menghinakanku dengan kedua tangannya. Lalu seseorang dari kalangan Quraisy berkata kepada Baginda: Adakah kamu suka sedangkan dia telah membunuh Hamzah? Aku berkata: Wahai Rasulullah! Pohonlah keampunan untuk aku. Lalu Baginda SAW meludah ke tanah sebanyak tiga kali dan menepuk dadaku sebanyak tiga kali. Kemudian Baginda bersabda: Wahai Wahsyi! Keluarlah berperang di jalan Allah seperti mana kamu berperang untuk menghalang orang keluar di jalan Allah. [Riwayat Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5938]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs