Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أتيت رسول الله ﷺ فقال لي: وحشي؟ فقلت: نعم. قال: أقتلت حمزة؟ قلت: نعم. والحمدلله الذي أكرمه بيدي ولم يهنّي بيديه. فقالت له قريش: أتحبه وهو قاتل حمرة؟ فقلت: يا رسول الله فاستغفر لي فتفل في الأرض ثلاثة ودفع في صدري ثلاثة وقال: يا وحشي اخرج فقاتل في سبيل الله كما قاتلت لتصدّ عن سبيل الله.
Teks Bahasa Melayu
Aku datang bertemu Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda kepaaku: Kamu Wahsyi? Aku menjawab: Ya. Baginda bersabda: Adakah kamu yang membunuh Hamzah?. Aku menjawab: Ya. Segala puji bagi Allah yang memuliakan dirinya di tanganku dan tidak menghinakanku dengan kedua tangannya. Lalu seseorang dari kalangan Quraisy berkata kepada Baginda: Adakah kamu suka sedangkan dia telah membunuh Hamzah? Aku berkata: Wahai Rasulullah! Pohonlah keampunan untuk aku. Lalu Baginda SAW meludah ke tanah sebanyak tiga kali dan menepuk daaku sebanyak tiga kali. Kemudian Baginda bersabda: Wahai Wahsyi! Keluarlah berperang di jalan Allah seperti mana kamu berperang untuk menghalang orang keluar di jalan Allah.
Sahabat Perawi
- Wahsyi bin Harb RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1019, hadis no. 5242. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن وحشي رضي الله عنه قال: أتيت رسول الله ﷺ فقال لي: وحشي؟ فقلت: نعم. قال: أقتلت حمزة؟ قلت: نعم. والحمدلله الذي أكرمه بيدي ولم يهنّي بيديه. فقالت له قريش: أتحبه وهو قاتل حمرة؟ فقلت: يا رسول الله فاستغفر لي فتفل في الأرض ثلاثة ودفع في صدري ثلاثة وقال: يا وحشي اخرج فقاتل في سبيل الله كما قاتلت لتصدّ عن سبيل الله. [طب, الضعيفة (5938)]
(Munkar) Daripada Wahsyi RA, beliau berkata: Aku datang bertemu Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda kepaaku: Kamu Wahsyi? Aku menjawab: Ya. Baginda bersabda: Adakah kamu yang membunuh Hamzah?. Aku menjawab: Ya. Segala puji bagi Allah yang memuliakan dirinya di tanganku dan tidak menghinakanku dengan kedua tangannya. Lalu seseorang dari kalangan Quraisy berkata kepada Baginda: Adakah kamu suka sedangkan dia telah membunuh Hamzah? Aku berkata: Wahai Rasulullah! Pohonlah keampunan untuk aku. Lalu Baginda SAW meludah ke tanah sebanyak tiga kali dan menepuk daaku sebanyak tiga kali. Kemudian Baginda bersabda: Wahai Wahsyi! Keluarlah berperang di jalan Allah seperti mana kamu berperang untuk menghalang orang keluar di jalan Allah. [Riwayat Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5938]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman