Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Wahai (wabak) Taun, bawalah aku bertemu denganmu

Teks Bahasa Arab

كلَّما طالَ عمرُ المسلمِ كانَ لَهُ خيرٌ.

Teks Bahasa Melayu

Semakin panjang umur seorang muslim, (maka) ada kebaikan untukknya” Dia menjawab: “Benar”.

Sahabat Perawi

  1. Syaddad Abi Ammar

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 523, hadis no. 2774.

(ضعیف) شداد أبي عمار، قال: قال عوف بن مالك –رضي الله عنه -: یا طاعون خذني إليك فقالوا: أما سمعت رسول الله يقول: «كلما طال عمر المسلم كان له خير». قال: بلى. [طب، «الضعيفة» (5915)].

(Lemah) Daripada Syaddad Abi Ammar berkata: (bahwa) Auf bin Malik berkata: “Wahai (wabak) Taun, bawalah aku bertemu denganmu.” Maka mereka (yang mendengar) berkata: “Apakah engkau tidak mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Semakin panjang umur seorang muslim, (maka) ada kebaikan untukknya” Dia menjawab: “Benar”.” [Riwayat oleh oleh al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5915].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.