Wahai 'Uwaimir, bagaimana keadaanmu apabila diceritakan tentang hari kiamat?

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كيف أنت يا عويمر إذا قيل لك يوم القيامة: أعلمت أم جهلت؟ فإن قلت: علمت؛ قيل لك: فماذا عملت فيما علمت؟ وإن قلت: جهلت؛ قيل لك: فما كان عذرك فيما جهلت؛ ألا تعلمت؟.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bagaimana keadaanmu, wahai ‘Uwaimir apabila diceritakan kepadamu tentang hari kiamat: Adakah kamu mengetahui atau kamu masih jahil? Jika kamu kata: Aku tahu; Dikatakan kepada kamu: Lalu apakah yang kamu amalkan terhadap apa yang kamu ketahui? Dan jika kamu kata: Aku tidak tahu; Dikatakan kepada kamu: Lalu apakah alasan kamu terhadap kejahilanmu? Mengapakah kamu tidak mencari ilmu?.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1337 – 1338, hadis nombor 6835. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي الدرداء رضي الله عنه مرفوعا: كيف أنت يا عويمر إذا قيل لك يوم القيامة: أعلمت أم جهلت؟ فإن قلت: علمت؛ قيل لك: فماذا عملت فيما علمت؟ وإن قلت: جهلت؛ قيل لك: فما كان عذرك فيما جهلت؛ ألا تعلمت؟.
[الخطيب في ((اقتضاء العلم العمل))، الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4157)]

(Lemah)
Daripada Abi Darda’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bagaimana keadaanmu, wahai ‘Uwaimir apabila diceritakan kepadamu tentang hari kiamat: Adakah kamu mengetahui atau kamu masih jahil? Jika kamu kata: Aku tahu; Dikatakan kepada kamu: Lalu apakah yang kamu amalkan terhadap apa yang kamu ketahui? Dan jika kamu kata: Aku tidak tahu; Dikatakan kepada kamu: Lalu apakah alasan kamu terhadap kejahilanmu? Mengapakah kamu tidak mencari ilmu?.
[Riwayat al-Khatib dalam Iqtida’ al-‘Ilm al-‘Amal, al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma’ani, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4157]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.