Wahai Ummu Salamah! Sesungguhnya daging ‘Ali itu adalah dari dagingku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا أم سلمة! إن عليا لحمه من لحمي، ودمه من دمي، وهو بمنزلة هارون من موسى؛ غير أنه لا نبي بعدي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Ummu Salamah! Sesungguhnya daging ‘Ali itu adalah dari dagingku, darahnya adalah dari darahku dan kedudukannya (di sisiku adalah) sebagaimana kedudukan Harun di sisi Musa; hanya saja tidak ada nabi lagi selepasku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1883, hadis nombor 9487. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عبّاس – رضي الله عنه – عن النبي صلى الله عليه وسلم: أنه قال لأم سلمة رضي الله عنها: ((يا أم سلمة! إنّ عليًّا لَحْمُهُ مِن لَحْمي، ودَمُهُ مِن دَمي، وهو بمنزِلَة هارون من موسى؛ غيرَ أنَّه لا نبيَّ بعدي)). [ عق، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4933)]

(Palsu) Daripada Ibnu ‘Abbas RA, bahawa Nabi SAW telah bersabda kepada Ummu Salamah RA: “Wahai Ummu Salamah! Sesungguhnya daging ‘Ali itu adalah dari dagingku, darahnya adalah dari darahku dan kedudukannya (di sisiku adalah) sebagaimana kedudukan Harun di sisi Musa; hanya saja tidak ada nabi lagi selepasku." [Riwayat al-’Uqayli dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4933]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.