Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا أم سلمة! إنّ عليًّا لَحْمُهُ مِن لَحْمي، ودَمُهُ مِن دَمي، وهو بمنزِلَة هارون من موسى؛ غيرَ أنَّه لا نبيَّ بعدي.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Ummu Salamah! Sesungguhnya daging ‘Ali itu adalah dari dagingku, darahnya adalah dari darahku dan kedudukannya (di sisiku adalah) sebagaimana kedudukan Harun di sisi Musa; hanya saja tidak ada nabi lagi selepasku.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1883, hadis no. 9487. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عبّاس - رضي الله عنه - عن النبي صلى الله عليه وسلم: أنه قال لأم سلمة رضي الله عنها: ((يا أم سلمة! إنّ عليًّا لَحْمُهُ مِن لَحْمي، ودَمُهُ مِن دَمي، وهو بمنزِلَة هارون من موسى؛ غيرَ أنَّه لا نبيَّ بعدي)). [ عق، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4933)]
(Palsu) Daripada Ibnu ‘Abbas RA, bahawa Nabi SAW telah bersabda kepada Ummu Salamah RA: “Wahai Ummu Salamah! Sesungguhnya daging ‘Ali itu adalah dari dagingku, darahnya adalah dari darahku dan kedudukannya (di sisiku adalah) sebagaimana kedudukan Harun di sisi Musa; hanya saja tidak ada nabi lagi selepasku." [Riwayat al-’Uqayli dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4933]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman