Wahai Ummu Salamah, jika tanah ini bertukar darah, ketahuilah bahawa anak aku telah terbunuh

TEKS BAHASA ARAB

يا أم سلمة إذا تحولت هذه التربة دمًا فاعلمي أن ابني قد قتل. يعني: الحسين رضي الله عنه

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Ummu Salamah, jika tanah ini bertukar darah, ketahuilah bahawa anak aku telah terbunuh.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1123, hadis nombor 5670. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أم سلمة رضي الله عنها، قالت: كان الحسن والحسين رضي الله عنهما يلعبان بين يدي النبي صلى الله عليه وسلم في بيتي، فنزل جبريل عليه السلام فقال: يا محمد إن أمتك تقتل ابنك هذا من بعدك. فأومأ بيده إلى الحسين فبكى رسول الله عن، وضمه إلى صدره، ثم قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: وديعة عندك هذه التربة. فشمها رسول الله صلى الله عليه وسلم، وقال: يا أم سلمة إذا تحولت هذه التربة دمًا فاعلمي أن ابني قد قتل. يعني: الحسين رضي الله عنه. قال: فجعلتها أم سلمة في قارورة ثم جعلت تنظر إليها كل يوم وتقول: إن يومًا تحولين دمًا ليوم عظيم. [طب، الشجري، الضعيفة (6604)].

(Palsu) Daripada Ummu Salamah RA, beliau menceritakan: al-Hasan dan al-Husain pernah bermain-main di rumahku di hadapan Nabi SAW. Tiba-tiba Jibril AS datang kemari, lalu berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya umatmu akan membunuh cucumu ini selepas ketiadaanmu. Jibril menunjukkan tangannya kepada al-Husain. Lalu Rasulullah SAW menangis dan mendakap al-Husain ke dada Baginda. Baginda berkata kepada Umm Salamah: Aku tinggalkan kepada kamu tanah ini, lalu Baginda mengucup tanah itu dan berpesan: Wahai Ummu Salamah, jika tanah ini bertukar darah, ketahuilah bahawa anak aku telah terbunuh. Iaitu : al-Husain RA. Lalu Ummu Salamah meletakkan tanah itu dalam bekas kaca, beliau sentiasa memerhatikan bekas itu pada setiap hari dan berkata: Sesungguhnya hari Engkau menjadi darah adalah hari yang besar. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, Riwayat al-Shajari. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6604].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs