Wahai Ummu Qays, adakah kamu melihat kawasan perkuburan ini?

TEKS BAHASA ARAB

يا أم قيس ترين هذه المقبرة يبعث الله منها سبعين ألفا، يوم القيامة على صورة القمر ليلة البدر، يدخلون الجنة بغير حساب كأن وجوههم القمر ليلة البدر. فقام عكاشة فقال: وأنا يا رسول الله ؟ قال: وأنت. فقام آخر فقال: وأنا يا رسول الله؟ قال: سبقك بها عكاشة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Ummu Qays, adakah kamu melihat kawasan perkuburan ini? Allah akan bangkitkan 70 000 daripadanya dalam bentuk seperti bulan purnama pada hari kiamat kelak. Mereka akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab. Wajah mereka seakan-akan bulan pada malam purnama. Lalu ‘Ukasyah bangun dan berkata: Termasuk saya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Ya, kamu juga. Lalu yang lain juga bangun dan berkata: Saya juga termasuk? Baginda menjawab: ‘Ukasyah telah mendahului kamu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1895, hadis nombor 9531. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن سعيد بن أبي عاصم: ثنا نافع مولى حمنة بنت شجاع قالت: قالت لي أم قيس: ‌لو ‌رأيتني ‌ورسول ‌الله – صلى الله عليه وسلم – آخذ بيدي في سكة من سكك المدينة، ما فيها بيت، حتى انتهى إلى بقيع الغرقد، فقال لي: يا أم قيس! ترين هذه المقبرة؛ يبعث الله منها سبعين ألفاً يوم القيامة على صورة القمر ليلة البدر، يدخلون الجنة بغير حساب، كأن وجوههم القمر ليلة البدر . فقام عكاشة فقال: وأنا يا رسول الله؟! قال: وأنت. فقام آخر فقال: وأنا يا رسول الله؟! قال: سبقك بها عكاشة قال سعد: فقلت لها: ما له لم يقل للآخر؟ قالت: أراه كان منافقاً.
[طب،ابن شبة، ((الضعيفة)) (5491)]

(Munkar)
Daripada Sa’id bin Abu ‘Asim RA: Nafi’ Mawla Hamnah Bin Syuja’ telah menceritakan kepada kami. Beliau berkata: Ummu Qays berkata kepadaku: Jika kamu melihat aku dalam keadaan Rasulullah SAW memegang tanganku ketika berada di jalan Madinah yang mana tiada sebuah rumah pun sehingga Nabi berhenti di kawasan al-Gharqad. Baginda Nabi berkata kepadaku: Wahai Ummu Qays, adakah kamu melihat kawasan perkuburan ini? Allah akan bangkitkan 70 000 daripadanya dalam bentuk seperti bulan purnama pada hari kiamat kelak. Mereka akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab. Wajah mereka seakan-akan bulan pada malam purnama. Lalu ‘Ukasyah bangun dan berkata: Termasuk aku wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Ya, kamu juga. Lalu yang lain juga bangun dan berkata: Aku juga termasuk? Baginda menjawab: ‘Ukasyah telah mendahului kamu. Sa’ad berkata: Aku berkata kepada Ummu Qays: Kenapa Rasulullah tidak menyebut perkara yang sama kepada orang itu? Ummu Qays berkata: Baginda melihat bahawa orang itu adalah munafik.”
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Ibn Shabah dalam Kitab Tarikh al-Madinah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6380, 5491]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.