Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا أمَّ الفضلِ! إنَّكِ حاملٌ بغلامٍ. قالَت يا رسولَ اللَّهِ! وَكيفَ وقد تحالفَ الفريقانِ أن لا يأتوا النِّساءَ؟ قالَ هوَ ما أقولُ لَكِ فإذا وضعتيهِ فأتِني بِه قالت فلمَّا وضعتُهُ أتيتُ بِهِ رسولَ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليْهِ وسلَّمَ فأذَّنَ في أُذنِهِ اليمنى وأقامَ في أذنِهِ اليسرى وألبأَهُ من ريقِهِ وسمَّاهُ عبدَ اللَّهِ وقالَ: اذْهبي بأبي الخلفاء. قالت: فأتيتُ العبَّاسَ فأعلمتُهُ وَكانَ رجلًا جميلًا لبَّاسًا فأتى النَّبيَّ صلَّى اللَّهُ عليْهِ وسلَّمَ فلمَّا رآهُ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليْهِ وسلَّمَ قامَ إليْهِ فقبَّلَ بينَ عينيْهِ ثمَّ أقعدَهُ عن يمينِهِ ثمَّ قالَ: هذا عمِّي فمن شاءَ فليباهِ بعمِّهِ. قالت: يا رسولَ اللَّهِ بعضَ هذا القولِ فقالَ يا عبَّاسُ لمَ لا أقولُ هذا القولَ وأنتَ عمِّي وصِنوُ أبي وخيرُ من أُخلِّفُ بعدي من أَهلي. فقالَ: يا رسولَ اللَّهِ ما شيءٌ أخبرَتني بِه أمُ الفضلِ عن مولودِنا هذا قالَ نعَم يا عبَّاسُ هو ما أخبرتُكَ أبو الخلفاءِ إذا كانت سنَةُ خمسٍ وثلاثينَ ومئةٍ فهي لكَ ولولدِكَ منْهمُ السَّفَّاحُ ومنْهمُ المنصورُ ومنْهمُ المَهديُّ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Ummu al-Fadhl, sesungguhnya kamu mengandungkan seorang anak lelaki. Ummu Fadhl berkata: Wahai Rasulullah, bagaimana boleh terjadi? Kedua-dua pihak telah bersumpah untuk tidak mendatangi wanita. Baginda bersabda: Seperti yang aku katakan kepada kamu. Jika kamu telah melahirkannya, datanglah kepada aku dengannya. Ummu al-Fadhl berkata: Apabila aku telah melahirkan anak, aku membawanya bertemu Rasulullah SAW. Lantas Baginda melaungkan azan di telinga kanan anak aku dan melaungkan iqamah di telinga kirinya. Baginda memberi minum daripada air liur Baginda dan menamakannya Abdullah. Baginda bersabda: Pergilah kepada ayah kepada para Khalifah. Lalu aku pergi kepada Abbas dan memberitahu beliau. Beliau adalah seorang lelaki yang elok pakaiannya. Beliau pergi bertemu Nabi SAW. Apabila Baginda melihat beliau, Baginda mencium antara dua matanya. Kemudian Nabi meletakkan beliau di sebelah kanan Baginda. Baginda bersabda: Ini adalah pakcik aku. Sesiapa yang mahu, maka berbanggalah dengan pakciknya. Ummu Fadhl berkata: Wahai Rasulullah, sebahagian kata-kata ini. Baginda berkata: Wahai Abbas, mengapa aku tidak mengatakan ucapan ini. Kamu adalah pak cik aku dan serupa seperti ayah aku serta sebaik-baik orang yang aku tinggalkan selepas aku tiada daripada kalangan keluarga aku. Lalu Abbas berkata: Wahai Rasulullah, Apakah sesuatu yang benar yang diberitahu oleh Ummu al-Fadhl tentang anak ini? Baginda menjawab: Ya, seperti apa yang beliau beritahu kamu wahai ayah kepada para khalifah. Apabila tiba tahun tiga ratus lima, ia adalah milik kamu dan anak kamu. Antara mereka adalah al-Saffah, al-Mansur dan al-Mahdi.
Sahabat Perawi
- Ummu al-Fadhl binti al-Harith al-Hilaliyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1901, hadis no. 9555. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Ummu al-Fadhl Binti al-Harith al-Hilaliyah RA. Beliau berkata: Aku lalu di hadapan Nabi dalam keadaan pada ketika itu Nabi SAW berada dalam Hijir (Kaabah). Baginda bersabda: Wahai Ummu al-Fadhl, sesungguhnya kamu mengandungkan seorang anak lelaki. Ummu Fadhl berkata: Wahai Rasulullah, bagaimana boleh terjadi? Kedua-dua pihak telah bersumpah untuk tidak mendatangi wanita. Baginda bersabda: Seperti yang aku katakan kepada kamu. Jika kamu telah melahirkannya, datanglah kepada aku dengannya. Ummu al-Fadhl berkata: Apabila aku telah melahirkan anak, aku membawanya bertemu Rasulullah SAW. Lantas Baginda melaungkan azan di telinga kanan anak aku dan melaungkan iqamah di telinga kirinya. Baginda memberi minum daripada air liur Baginda dan menamakannya Abdullah. Baginda bersabda: Pergilah kepada ayah kepada para Khalifah. Lalu aku pergi kepada Abbas dan memberitahu beliau. Beliau adalah seorang lelaki yang elok pakaiannya. Beliau pergi bertemu Nabi SAW. Apabila Baginda melihat beliau, Baginda mencium antara dua matanya. Kemudian Nabi meletakkan beliau di sebelah kanan Baginda. Baginda bersabda: Ini adalah pakcik aku. Sesiapa yang mahu, maka berbanggalah dengan pakciknya. Ummu Fadhl berkata: Wahai Rasulullah, sebahagian kata-kata ini. Baginda berkata: Wahai Abbas, mengapa aku tidak mengatakan ucapan ini. Kamu adalah pak cik aku dan serupa seperti ayah aku serta sebaik-baik orang yang aku tinggalkan selepas aku tiada daripada kalangan keluarga aku. Lalu Abbas berkata: Wahai Rasulullah, Apakah sesuatu yang benar yang diberitahu oleh Ummu al-Fadhl tentang anak ini? Baginda menjawab: Ya, seperti apa yang beliau beritahu kamu wahai ayah kepada para khalifah. Apabila tiba tahun tiga ratus lima, ia adalah milik kamu dan anak kamu. Antara mereka adalah al-Saffah, al-Mansur dan al-Mahdi. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Dalail, Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn al-Jauzi dalam al-’Ilal al-Mutanahiyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5625, 6145]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman