TEKS BAHASA ARAB
يا مسلم! اضمن لي ثلاثاً أضمن لك الجنة: إن أنت عملت بما افترض الله عليك في القرآن؛ فأنت أعبد النّاس، وإن قنعت بما رزقك؛ فأنت أغنى الناس، وإن أنت اجتنبت ما حرم الله عليك؛ فأنت أورع الناس.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai umat Islam! Jaminkan aku tiga perkara, aku jaminkan kepadamu syurga; jika kamu mengamalkan apa yang telah Allah wajibkan kepadamu seperti di dalam al-Quran, maka kamulah manusia yang paling kuat beribadat, jika kamu berasa cukup dengan rezeki yang diberikan, maka kamulah manusia yang paling kaya, jika kamu menjauhi perkara yang telah Allah haramkan, maka kamulah manusia yang paling warak.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2003, hadis nombor 10047. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن الحسن بن علي – رضي الله عنها – مرفوعاً: يا مسلم! اضمن لي ثلاثاً أضمن لك الجنة: إن أنت عملت با افترض الله عليك في القرآن؛ فأنت أعبد النّاس، وإن قنعت با رزقك؛ فأنت أغنى الناس، وإن أنت اجتنبت ما حرم الله عليك؛ فأنت أورع الناس.
[الدولابي في ((الذرية الطاهرة))، ((الضعيفة، (2079)]
(Palsu)
Daripada al-Hasan bin Ali RA secara marfu’: Wahai umat Islam! Jaminkan aku tiga perkara, aku jaminkan kepadamu syurga; jika kamu mengamalkan apa yang telah Allah wajibkan kepadamu seperti di dalam al-Quran, maka kamulah manusia yang paling kuat beribadat, jika kamu berasa cukup dengan rezeki yang diberikan, maka kamulah manusia yang paling kaya, jika kamu menjauhi perkara yang telah Allah haramkan, maka kamulah manusia yang paling warak.
[Riwayat al-Dulabi dalam al-Dzariyat al-Tahira. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2079]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.