Wahai umat Islam, bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan hubungkanlah silaturahim

TEKS BAHASA ARAB

يا معشر المسلمين! اتقوا الله وصلوا أرحامكم فإنه ليس من ثواب أسرع من صلة رحم . وإياكم والبغي؛ فإنه ليس من عقوبة أسرع من عقوبة بغي. وإياكم وعقوق الوالدين ؛ فإن ريح الجنة توجد من مسيرة ألف عام، والله ! لا يجدها عاق، ولا قاطع رحم، ولا شيخ زان، ولا جار إزاره خيلاء، وإنما الكبرياء لرب العالمين. والكذب كله إثم؛ إلا ما نفعت به مؤمنا، ودفعت به عن دين. وإن في الجنة لسوقا ما يباع فيها ولا يشترى، ليس فيها إلا الصور، فمن أحب صورة من رجل أو امرأة ؛ دخل فيها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai umat Islam, bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan hubungkanlah silaturahim. Kerana sesungguhnya tidak ada pahala yang lebih laju daripada silaturahim. Dan jauhilah kamu dengan sikap melampau, kerana tidak ada hukuman yang lebih laju daripada hukuman melampau. Dan jauhilah kamu daripada menderhakai ibu bapa. Maka sesungguhnya bauan syurga itu dapat dirasai dari jarak 1000 tahun. Demi Allah, tidak akan menciumnya orang yang derhaka, tidak juga orang yang memutuskan silaturahim, orang tua yang berzina, dan juga orang yang melabuhkan kainnya secara sombong. Sesungguhnya kesombongan itu adalah milik Tuhan sekalian alam. Dan berbohong itu semuanya adalah dosa, melainkan apa yang kamu manfaatkannya untuk seorang Mukmin dan kamu mempertahankan dengannya agama. Dan sesungguhnya di dalam syurga nanti ada satu pasar yang tidak ada jual beli di dalamnya. Tidak terdapat di dalamnya melainkan gambar-gambar. Maka sesiapa yang sukakan gambar daripada kalangan lelaki ataupun perempuan, akan masuk ke dalamnya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 105, hadis nombor 543. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً)
عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما-، قال: خرج علينا رسول الله -صلى الله عليه وسلم- ونحن مجتمعون، فقال: يا معشر المسلمين! اتقوا الله وصلوا أرحامكم؛ فإنه ليس من ثواب أسرع من صلة رحم. وإياكم والبغي؛ فإنه ليس من عقوبة أسرع من عقوبة بغي. وإياكم وعقوق الوالدين؛ فإن ريح الجنة توجد من مسيرة ألف عام، والله! لا يجدها عاق، ولا قاطع رحم، ولا شيخ زان، ولا جار إزاره خيلاء، إنما الكبرياء لرب العالمين. والكذب كله إثم؛ إلا ما نفعت به مؤمناً، ودفعت به عن دين. وإن في الجنة لسوقاً ما يباع فيها ولا يشترى، ليس فيها إلا الصور، فمن أحب صورة من رجل أو امرأة؛ دخل فيها.
[طب، أبو نعيم في ((صفة الجنة))، ((الضعيفة)) (5369)]

(Sangat Lemah)
Daripada Jābir ibn ‘Abdullah RA telah berkata: Rasulullah SAW keluar menuju kepada kami dalam keadaan kami sedang berkumpul, lalu Baginda SAW telah bersabda: Wahai umat Islam, bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan hubungkanlah silaturahim. Kerana sesungguhnya tidak ada pahala yang lebih laju daripada silaturahim. Dan jauhilah kamu dengan sikap melampau, kerana tidak ada hukuman yang lebih laju daripada hukuman melampau. Dan jauhilah kamu daripada menderhakai ibu bapa. Maka sesungguhnya bauan syurga itu dapat dirasai dari jarak 1000 tahun. Demi Allah, tidak akan menciumnya orang yang derhaka, tidak juga orang yang memutuskan silaturahim, orang tua yang berzina, dan juga orang yang melabuhkan kainnya secara sombong. Sesungguhnya kesombongan itu adalah milik Tuhan sekalian alam. Dan berbohong itu semuanya adalah dosa, melainkan apa yang kamu manfaatkannya untuk seorang Mukmin dan kamu mempertahankan dengannya agama. Dan sesungguhnya di dalam syurga nanti ada satu pasar yang tidak ada jual beli di dalamnya. Tidak terdapat di dalamnya melainkan gambar-gambar. Maka sesiapa yang sukakan gambar daripada kalangan lelaki ataupun perempuan, akan masuk ke dalamnya.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ dan Abū Nu‘aym dalam Ṣifat al-Jannah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5369]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs