Wahai ‘Umar, pembongkaran aib di dunia lebih ringan daripada pembongkaran aib di hari akhirat

TEKS BAHASA ARAB

أما بعد: أيها الناس فإني أحمد إليكم الله الذي لا إله إلا هو، وإنه دنا مني خلوف بين أظهركم فمن کنت جلدت له ظهرا، فهذا ظهري، فليستقد منه، ومن كنت شتمت له عرضا، فهذا عرضي، فليستقد منه، ومن كنت أخذت له مالا، فهذا مالي، فليأخذ منه، ولا يقولن رجل: إني أخشى الشحناء من رسول الله، ألا وإن الشحناء ليس من طبيعتي ولا شأني، ألا وإن أحبكم إلي من أخذ حقا إن كان له أو حللني، فلقيت الله عز وجل وأنا طيب النفس. وإني أرى أن هذا غير مغن عني حتى أقوم فيكم مرارا. ثم نزل فصلى الظهر ثم رجع فجلس على المنبر، فعاد لمقالته الأولى في الشحناء وغيرها. فقام رجل فقال: يا نبي الله إن لي عندك ثلاثة دراهم! قال: أما إنا لا نكذب قائلا ولا نستحلفه على يمين، فيم كان لك عندي. قال: تذكر يوم مر بك المسكين، فأمرتني فأعطيته ثلاثة دراهم؟ فقال: أعطه یا فضل. فأمر به فجلس. ثم قال: من كان عنده شيء، فليؤده ولا يقول رجل: فضوح الدنيا ألا وإن فضوح الدنيا أيسر من فضوح الآخرة. فقام رجل فقال: عندي ثلاثة دراهم غللتها في سبيل الله قال: فلم غللتها؟ قال: كنت محتاجا. قال: خذها منه یا فضل!. ثم قال: من خشي من نفسه شيئا فليقم أدع له، فقام رجل فقال: يا نبي الله إني لكذاب وإني لفاحش وإني لنؤوم. فقال: اللهم ارزقه صدقا، وأذهب عنه من النوم إذا أراد. ثم قام آخر فقال: إني لكذاب، وإني لمنافق، وما من شيء إلا قد جئته. فقام عمر فقال: فضحت نفسك. فقال النبي: یا عمر فضوح الدنيا أهون من فضوح الآخرة اللهم ارزقه صدقة وإيانا تصير أمره إلى خير. فقال عمر كلمة، فضحك رسول الله وقال: عمر معي وأنا مع عمر والحق بعدي مع عمر حيث كان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Selanjutnya, wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku memuji Allah yang tiada tuhan selain Dia. Sesungguhnya pengganti kalian sudah semakin dekat denganku. Justeru, sesiapa yang pernah aku pukul belakangnya, maka ini belakangku! Balaslah ia kembali. Sesiapa yang aku pernah menghina maruahnya, balaslah kembali. Sesiapa yang aku pernah rampas hartanya, ambillah semula hartaku ini. Jangan ada dalam kalangan kalian yang berkata: Aku bimbang Rasulullah membenci, ketahuilah kebencian bukan tabiatku mahupun urusanku. Ketahuilah, orang yang paling aku cintai ialah orang yang mengambil semula haknya daripadaku atau menghalalkannya agar aku dapat bertemu Allah dalam keadaan jiwa yang suci. Aku merasa pengumuman ini sangat tidak memadai untukku hinggalah aku melakukannya lagi di hadapan kalian berulang kali. Kemudian Baginda turun dari mimbar serta mendirikan solat zohor. Selepas itu, Baginda duduk semula di mimbar dan mengulangi ucapannya tadi. Seorang lelaki bangkit, lalu bersuara: Wahai Nabi Allah, sesungguhnya kamu ada berhutang tiga dirham denganku”. Baginda berkata: Kita tidak akan mengatakan dusta pada sesiapa pun yang berkata dan tidak akan memintanya untuk bersumpah, pada perkara apakah aku masih berhutang denganmu? Lelaki itu memberitahu: Cuba kamu ingat kembali, pada hari seorang lelaki miskin melintasimu lantas kamu memintaku untuk membantu, lalu aku hulurkan tiga dirham kepadanya”. Baginda SAW berkata: Wahai Fadl, berikan (tiga dirham) itu kepadanya. Kemudian Baginda kembali duduk. Baginda berkata lagi: Sesiapa yang ada apa-apa lagi, beritahulah. Jangan ada seorang pun mengatakan : pembongkaran aib! Ingatlah bahawa pembongkaran aib di dunia lebih mudah daripada pembongkaran di hari akhirat kelak. Kemudian seorang lagi lelaki bangkit seraya berkata: “Aku ada tiga dirham yang aku simpannya di jalan Allah. Baginda bertanya: Untuk apa kamu menyimpannya?. Dia menjawab: “Ketika itu aku benar-benar perlukan”. Baginda berkata: Ambilkannya (tiga dirham) daripadanya, wahai Fadl! Kemudian Baginda berkata lagi: Sesiapa yang bimbang akan dirinya, maka bangunlah. Aku akan mendoakannya. Lalu seorang lelaki berdiri dan berkata: Wahai Nabi Allah, saya ini kuat berdusta, orang yang keji dan kuat tidur”. Baginda pun berdoa: Ya Allah, kurniakan kepadanya dan kami kejujuran dan keimanan yang membawanya kepada kebaikan dan bawa pergilah sebahagian dari tidurnya apabila dia mahu.Seorang yang lain pula bangkit, lalu berkata: “Sesungguhnya aku pula kuat berdusta, serta aku ini munafik. Tiada dosa yang aku tidak pernah lakukan. ‘Umar bangkit mencelah, “Kamu telah membuka aib kamu sendiri!”. Baginda SAW menegur: Wahai ‘Umar, pembongkaran aib di dunia lebih ringan daripada pembongkaran aib di hari akhirat. Ya Allah, kurniakan kepadanya kejujuran dan keimanan yang membawanya kepada kebaikan. ‘Umar ada menyatakan sesuatu menyebabkan Rasulullah tergelak. Baginda bersabda: ‘Umar bersamaku dan aku bersama ‘Umar. Kebenaran selepas pemergianku akan bersama dengan ‘Umar di mana sahaja dia berada.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1087-1088, hadis nombor 5528. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن الفضل بن عباس رضي الله عنهما، قال: جاءني رسول الله صلى الله عليه وسلم فخرجت إليه فوجدته موعوكًا قد عصب رأسه فأخذ بيدي وأخذت بيده، فأقبل حتى جلس على المنبر ثم قال: ناد في الناس. فصحت في الناس فاجتمعوا إليه، فقال: أما بعد: أيها الناس فإني أحمد إليكم الله الذي لا إله إلا هو، وإنه دنا مني خلوف بين أظهركم فمن کنت جلدت له ظهرا، فهذا ظهري، فليستقد منه ومن كنت شتمت له عرضا، فهذا عرضي، فليستقد منه، ومن كنت أخذت له مالا، فهذا مالي، فليأخذ منه، ولا يقولن رجل: إني أخشى الشحناء من رسول الله ألا وإن الشحناء ليس من طبيعتي ولا شأني، ألا وإن أحبكم إلي من أخذ حقا إن كان له أو حللني، فلقيت الله عز وجل وأنا طيب النفس. وإني أرى أن هذا غير مغن عني حتى أقوم فيكم مرارا. ثم نزل فصلى الظهر ثم رجع فجلس على المنبر، فعاد لمقالته الأولى في الشحناء وغيرها. فقام رجل فقال: يا نبي الله إن لي عندك ثلاثة دراهم. قال: أما إنا لا نكذب قائلا ولا نستحلفه على يمين، فيم كان لك عندي. قال: تذكر يوم مر بك المسكين، فأمرتني فأعطيته ثلاثة دراهم؟ فقال: أعطه یا فضل. فأمر به فجلس. ثم قال: من كان عنده شيء، فليؤده ولا يقول رجل: فضوح الدنيا ألا وإن فضوح الدنيا أيسر من فضوح الآخرة. فقام رجل فقال: عندي ثلاثة دراهم غللتها في سبيل الله قال: فلم غللتها؟ قال: كنت محتاجا. قال: خذها منه یا فضل!. ثم قال: من خشي من نفسه شيئا فليقم أدع له، فقام رجل فقال: يا نبي الله إني لكذاب وإني لفاحش وإني لنؤوم. فقال: اللهم ارزقه صدقا، وأذهب عنه من النوم إذا أراد. ثم قام آخر فقال: إني لكذاب، وإني لمنافق، وما من شيء إلا قد جئته. فقام عمر فقال: فضحت نفسك. فقال النبي: یا عمر فضوح الدنيا أهون من فضوح الآخرة اللهم ارزقه صدقة وإيانا تصير أمره إلى خير. فقال عمر كلمة، فضحك رسول الله وقال: عمر معي وأنا مع عمر والحق بعدي مع عمر حيث كان. [عق، أبو بكر الشافعي في الفوائد، طب، طس، البيهقي في الدلائل النبوة، ابن عساكر، الذهبي في الميزان، الضعيفة (6297)].

(Munkar) Daripada al-Fadl bin ‘Abbas RA, beliau berkata, Rasulullah SAW datang untuk bertemu denganku, aku segera keluar menuju kepada baginda dan aku dapati Baginda kurang sihat dan membalut kepalanya. Baginda memegang tanganku, dan aku memegang tangan Baginda, Baginda berjalan sehingga selesai duduk di atas mimbar. Baginda berkata, Panggilkan orang ramai. Maka aku pun menyeru orang ramai sehingga mereka berkumpul di hadapan Baginda. Baginda pun berucap: Selanjutnya, wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku memuji Allah yang tiada tuhan selain Dia. Sesungguhnya pengganti kalian sudah semakin dekat denganku. Justeru, sesiapa yang pernah aku pukul belakangnya, maka ini belakangku! Balaslah ia kembali. Sesiapa yang aku pernah menghina maruahnya, balaslah kembali. Sesiapa yang aku pernah rampas hartanya, ambillah semula hartaku ini. Jangan ada dalam kalangan kalian yang berkata: Aku bimbang Rasulullah membenci, ketahuilah kebencian bukan tabiatku mahupun urusanku. Ketahuilah, orang yang paling aku cintai ialah orang yang mengambil semula haknya daripadaku atau menghalalkannya agar aku dapat bertemu Allah dalam keadaan jiwa yang suci. Aku merasa pengumuman ini sangat tidak memadai untukku hinggalah aku melakukannya lagi di hadapan kalian berulang kali. Kemudian Baginda turun dari mimbar serta mendirikan solat zohor. Selepas itu, Baginda duduk semula di mimbar dan mengulangi ucapannya tadi. Seorang lelaki bangkit, lalu bersuara: Wahai Nabi Allah, sesungguhnya kamu ada berhutang tiga dirham denganku”. Baginda berkata: Kita tidak akan mengatakan dusta pada sesiapa pun yang berkata dan tidak akan memintanya untuk bersumpah, pada perkara apakah aku masih berhutang denganmu? Lelaki itu memberitahu: Cuba kamu ingat kembali, pada hari seorang lelaki miskin melintasimu lantas kamu memintaku untuk membantu, lalu aku hulurkan tiga dirham kepadanya”. Baginda SAW berkata: Wahai Fadl, berikan (tiga dirham) itu kepadanya. Kemudian Baginda kembali duduk. Baginda berkata lagi: Sesiapa yang ada apa-apa lagi, beritahulah. Jangan ada seorang pun mengatakan : pembongkaran aib! Ingatlah bahawa pembongkaran aib di dunia lebih mudah daripada pembongkaran di hari akhirat kelak. Kemudian seorang lagi lelaki bangkit seraya berkata: “Aku ada tiga dirham yang aku simpannya di jalan Allah. Baginda bertanya: Untuk apa kamu menyimpannya?. Dia menjawab: “Ketika itu aku benar-benar perlukan”. Baginda berkata: Ambilkannya (tiga dirham) daripadanya, wahai Fadl! Kemudian Baginda berkata lagi: Sesiapa yang bimbang akan dirinya, maka bangunlah. Aku akan mendoakannya. Lalu seorang lelaki berdiri dan berkata: Wahai Nabi Allah, saya ini kuat berdusta, orang yang keji dan kuat tidur”. Baginda pun berdoa: Ya Allah, kurniakan kepadanya dan kami kejujuran dan keimanan yang membawanya kepada kebaikan dan bawa pergilah sebahagian dari tidurnya apabila dia mahu.Seorang yang lain pula bangkit, lalu berkata: “Sesungguhnya aku pula kuat berdusta, serta aku ini munafik. Tiada dosa yang aku tidak pernah lakukan. ‘Umar bangkit mencelah, “Kamu telah membuka aib kamu sendiri!”. Baginda SAW menegur: Wahai ‘Umar, pembongkaran aib di dunia lebih ringan daripada pembongkaran aib di hari akhirat. Ya Allah, kurniakan kepadanya kejujuran dan keimanan yang membawanya kepada kebaikan. ‘Umar ada menyatakan sesuatu menyebabkan Rasulullah tergelak. Baginda bersabda: ‘Umar bersamaku dan aku bersama ‘Umar. Kebenaran selepas pemergianku akan bersama dengan ‘Umar di mana sahaja dia berada. [Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Du‘afa`, riwayat Abu Bakr al-Shafi‘i dalam al-Fawa’id, riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Awsat, riwayat al-Baihaqi dalam al-Dala’il al-Nubuwwah, riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq dan Riwayat al-Zahabi dalam Mizan al-I‘tidal. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6297].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs