Wahai Umar! Membuka aib di dunia itu lebih ringan daripada membuka aib di akhirat kelak

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

جاءني رسول الله ﷺ فخرجت إليه فوجدته موعوكا قد عصب رأسه فأخذ بيدي وأخذت بيده فأقبل حتى جلس على المنبر ثم قال في الناس: ناد في الناس. فصحت في الناس فاجتمعوا إليه فقال: أما بعد، أيها الناس! فإني أحمد إليكم الله الذي لا إله إلا هو وإنه دنا مني خلوف بين أظهركم فمن كنت جلدت له ظهرا فهذا ظهري فليستقد منه. ومن كنت شتمت له عرضا، فهذا عرضي فليستقد منه. ومن كنت أخذت له مالا فهذا مالي فليأخذ منه. ولا يقولنّ الرجل: إني أخشى الشحناء من رسول الله ﷺ. ألا وإن الشحناء ليس من طبيعتي ولا شأني ألا وإن أحبكم إلي من أخذ حقا إن كان له أو حلّلني. فلقيت الله عز وجل وأنا طيب النفس. وإني أرى أن هذا غير مغن عني حتى أقوم فيكم مرارا. ثم نزل فصلى الظهر ثم رجع فجلس على المنبر فعاد لمقالته الأولى في الشحناء وغيرها. فقام رجل فقال: يا نبي الله! إن لي عندك ثلاثة دراهم. قال: أما إنا لا نكذب قائلا ولا نستحلفه على يمين فيم كان لك عندي؟ قال: تذكّر يوما مرّ بك المسكين، فأمرتني فأعطيته ثلاثة دراهم؟ قال: أعطه يا فضل! فأمر به فجلس. ثم قال: من كان عنده شئ فليؤده ولا يقول الرجل: فضوح الدنيا! ألا وإن فضوح الدنيا أيسر من فضوح الآخرة. فقام رجل فقال: عندي ثلاثة دراهم غللتها في سبيل الله، قال: فلم غللتها؟ قال: كنت محتاجا. قال: خذها منه يا فضل!. ثم قال: من خشي من نفسه شيئا، فليقم أدع له. فقام رجل فقال: يا نبي الله! إني لكذاب! وإني لفاحش وإني لنؤوم! فقال: اللهم ارزقه صدقا وأذهب عنه من النوم إذا أراد. ثم قام آخر فقال: إني لكذاب! وإني لمنافق وما من شء إلا قد جئته. فقام عمر فقال: فضحت نفسك. فقال النبي ﷺ: يا عمر! فضوح الدنيا أهون من فضوح الآخرة. اللهم ارزقه صدقا وإيمانا تصير أمره إلى خير. فقال عمر كلمة، فضحك رسول الله ﷺ، فقال: عمر معي وأنا مع عمر والحق بعدي مع عمر حيث عمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW telah mendatangiku dan aku keluar bersamanya. Aku mendapati Baginda SAW tidak sihat dan membalut kepalanya. Lantas Baginda memegang tanganku dan aku memegang tangan Baginda. Lalu Baginda berjalan sehingga duduk di atas mimbar kemudian bersabda: Serulah orang ramai. Aku pun memanggil mereka dan mereka pun berkumpul. Baginda SAW bersabda: Wahai manusia! Aku memuji Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya di hadapan kalian. Aku telah melihat bekas-bekas biratan yang ada di belakang tubuh kalian. Barang siapa yang pernah aku pukul belakangnya, maka ini belakangku. Maka balaslah kembali. Barang siapa yang pernah aku hinakan maruahnya, maka ini maruahku. Maka balaslah balik. Barang siapa yang pernah aku ambil hartanya maka ini ialah harta. Ambillah daripadanya. Dan janganlah seorang lelaki mengatakan; Aku takut sekiranya Rasulullah SAW bersifat bermusuh. Sesungguhnya bermusuh itu bukanlah sifatku mahupun urusanku. Sesungguhnya orang paling aku sukai daripada kamu ialah orang yang mengambil haknya, sekiranya ia miliknya ataupun orang yang menghalalkan sahaja hutangku ini. Supaya nanti aku bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan yang senang hati. Dan aku merasakan bahawa pengumuman ini tidak cukup padaku sehinggalah aku mengulangnya beberapa kali.
Baginda SAW turun dari mimbar dan menunaikan solat Zuhur dan Baginda kembali duduk di atas mimbar dan mengulangi ucapannya yang terdahulu samada kepada yang permusuhan ataupun selainnya. Lantas seorang lelaki bangun dan berkata: Wahai Nabi Allah! Kamu mempunyai hutang kepadaku sebanyak tiga dirham. Baginda bersabda: Adapun kami tidak akan menuduh yang bercakap itu bohong, apatah lagi memintanya untuk bersumpah. Ketika manakah aku berhutang dengan kamu? Lelaki itu menjawab: Adakah kamu masih ingat ketika seorang lelaki miskin lalu di hadapanmu lalu kamu menyuruhku, maka aku memberinya tiga dirham? Baginda menjawab: Berikanlah kepadanya wahai al-Fadhl. Lalu al-Fadhl memberikan hutang tersebut kemudian lelaki itu duduk.
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mempunyai sesuatu maka beritahulah. Janganlah seseorang itu mengatakan bahawa dia telah membuka aibnya di dunia. Ketahuilah bahawa membuka aib di dunia adalah lebih ringan berbanding membuka aib di akhirat. Kemudian bangun seorang lelaki dan berkata: Aku telah mencuri tiga dirham ketika berperang di jalan Allah. Baginda bertanya: Kenapa kamu mencurinya? Jawabnya: Aku ketika itu memerlukannya. Baginda SAW bersabda: Ambillah tiga dirham itu darinya wahai al-Fadhl. Kemudian Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang takut sesuatu menimpa dirinya maka bangunlah. Nescaya aku akan doakannya. Lantas seorang lelaki bangun dan berkata: Wahai Nabi Allah! Sesungguhnya aku ini pembohong, pelaku perkara-perkara yang keji dan kuat tidur. Baginda berdoa: Wahai Allah! Berikanlah kepadanya sifat benar, dan hilangkanlah rasa tidur itu ketika mana dia mahu.
Kemudian bangun seorang lelaki yang lain lalu berkata: Sesungguhnya aku ini pembohong dan munafik. Tidak ada suatu benda jahat pun kecuali kesemuanya aku telah lakukan. Lantas Umar RA bangun dan berkata: Sesungguhnya kamu telah membuka aib dirimu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Wahai Umar! Membuka aib di dunia itu lebih ringan daripada membuka aib di akhirat kelak. Ya Allah! Berikanlah kepadanya sifat benar dan kurniakanlah kepadanya keimanan yang mengubahnya menjadi lebih baik. Lantas Umar RA mengucapkan suatu kalimah dan Rasulullah SAW ketawa, lalu bersabda: Umar bersamaku dan aku bersama Umar. Dan kebenaran selepasku nanti akan sentiasa bersama Umar di mana-mana jua.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1022-1023, hadis nombor 5253. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن الفضل بن عباس رضي الله عنهما قال: جاءني رسول الله ﷺ فخرجت إليه فوجدته موعوكا قد عصب رأسه فأخذ بيدي وأخذت بيده فأقبل حتى جلس على المنبر ثم قال في الناس: ناد في الناس. فصحت في الناس فاجتمعوا إليه فقال: أما بعد، أيها الناس! فإني أحمد إليكم الله الذي لا إله إلا هو وإنه دنا مني خلوف بين أظهركم فمن كنت جلدت له ظهرا فهذا ظهري فليستقد منه. ومن كنت شتمت له عرضا، فهذا عرضي فليستقد منه. ومن كنت أخذت له مالا فهذا مالي فليأخذ منه. ولا يقولنّ الرجل: إني أخشى الشحناء من رسول الله ﷺ. ألا وإن الشحناء ليس من طبيعتي ولا شأني ألا وإن أحبكم إلي من أخذ حقا إن كان له أو حلّلني. فلقيت الله عز وجل وأنا طيب النفس. وإني أرى أن هذا غير مغن عني حتى أقوم فيكم مرارا. ثم نزل فصلى الظهر ثم رجع فجلس على المنبر فعاد لمقالته الأولى في الشحناء وغيرها. فقام رجل فقال: يا نبي الله! إن لي عندك ثلاثة دراهم. قال: أما إنا لا نكذب قائلا ولا نستحلفه على يمين فيم كان لك عندي؟ قال: تذكّر يوما مرّ بك المسكين، فأمرتني فأعطيته ثلاثة دراهم؟ قال: أعطه يا فضل! فأمر به فجلس. ثم قال: من كان عنده شئ فليؤده ولا يقول الرجل: فضوح الدنيا! ألا وإن فضوح الدنيا أيسر من فضوح الآخرة. فقام رجل فقال: عندي ثلاثة دراهم غللتها في سبيل الله، قال: فلم غللتها؟ قال: كنت محتاجا. قال: خذها منه يا فضل!. ثم قال: من خشي من نفسه شيئا، فليقم أدع له. فقام رجل فقال: يا نبي الله! إني لكذاب! وإني لفاحش وإني لنؤوم! فقال: اللهم ارزقه صدقا وأذهب عنه من النوم إذا أراد. ثم قام آخر فقال: إني لكذاب! وإني لمنافق وما من شء إلا قد جئته. فقام عمر فقال: فضحت نفسك. فقال النبي ﷺ: يا عمر! فضوح الدنيا أهون من فضوح الآخرة. اللهم ارزقه صدقا وإيمانا تصير أمره إلى خير. فقال عمر كلمة، فضحك رسول الله ﷺ، فقال: عمر معي وأنا مع عمر والحق بعدي مع عمر حيث عمر. [عق, أبو بكر الشافعي في الفوائد, طب, طس, البيهقي في دلائل النبوة, ابن عساكر, الذهبي في الميزان, الضعيفة (6297)

(Munkar) Daripada al-Fadhl bin ‘Abbas RA berkata: Rasulullah SAW telah mendatangiku dan aku keluar bersamanya. Aku mendapati Baginda SAW tidak sihat dan membalut kepalanya. Lantas Baginda memegang tanganku dan aku memegang tangan Baginda. Lalu Baginda berjalan sehingga duduk di atas mimbar kemudian bersabda: Serulah orang ramai. Aku pun memanggil mereka dan mereka pun berkumpul. Baginda SAW bersabda: Wahai manusia! Aku memuji Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya di hadapan kalian. Aku telah melihat bekas-bekas biratan yang ada di belakang tubuh kalian. Barang siapa yang pernah aku pukul belakangnya, maka ini belakangku. Maka balaslah kembali. Barang siapa yang pernah aku hinakan maruahnya, maka ini maruahku. Maka balaslah balik. Barang siapa yang pernah aku ambil hartanya maka ini ialah harta. Ambillah daripadanya. Dan janganlah seorang lelaki mengatakan; Aku takut sekiranya Rasulullah SAW bersifat bermusuh. Sesungguhnya bermusuh itu bukanlah sifatku mahupun urusanku. Sesungguhnya orang paling aku sukai daripada kamu ialah orang yang mengambil haknya, sekiranya ia miliknya ataupun orang yang menghalalkan sahaja hutangku ini. Supaya nanti aku bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan yang senang hati. Dan aku merasakan bahawa pengumuman ini tidak cukup padaku sehinggalah aku mengulangnya beberapa kali.
Baginda SAW turun dari mimbar dan menunaikan solat Zuhur dan Baginda kembali duduk di atas mimbar dan mengulangi ucapannya yang terdahulu samada kepada yang permusuhan ataupun selainnya. Lantas seorang lelaki bangun dan berkata: Wahai Nabi Allah! Kamu mempunyai hutang kepadaku sebanyak tiga dirham. Baginda bersabda: Adapun kami tidak akan menuduh yang bercakap itu bohong, apatah lagi memintanya untuk bersumpah. Ketika manakah aku berhutang dengan kamu? Lelaki itu menjawab: Adakah kamu masih ingat ketika seorang lelaki miskin lalu di hadapanmu lalu kamu menyuruhku, maka aku memberinya tiga dirham? Baginda menjawab: Berikanlah kepadanya wahai al-Fadhl. Lalu al-Fadhl memberikan hutang tersebut kemudian lelaki itu duduk.
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mempunyai sesuatu maka beritahulah. Janganlah seseorang itu mengatakan bahawa dia telah membuka aibnya di dunia. Ketahuilah bahawa membuka aib di dunia adalah lebih ringan berbanding membuka aib di akhirat. Kemudian bangun seorang lelaki dan berkata: Aku telah mencuri tiga dirham ketika berperang di jalan Allah. Baginda bertanya: Kenapa kamu mencurinya? Jawabnya: Aku ketika itu memerlukannya. Baginda SAW bersabda: Ambillah tiga dirham itu darinya wahai al-Fadhl. Kemudian Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang takut sesuatu menimpa dirinya maka bangunlah. Nescaya aku akan doakannya. Lantas seorang lelaki bangun dan berkata: Wahai Nabi Allah! Sesungguhnya aku ini pembohong, pelaku perkara-perkara yang keji dan kuat tidur. Baginda berdoa: Wahai Allah! Berikanlah kepadanya sifat benar, dan hilangkanlah rasa tidur itu ketika mana dia mahu.
Kemudian bangun seorang lelaki yang lain lalu berkata: Sesungguhnya aku ini pembohong dan munafik. Tidak ada suatu benda jahat pun kecuali kesemuanya aku telah lakukan. Lantas Umar RA bangun dan berkata: Sesungguhnya kamu telah membuka aib dirimu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Wahai Umar! Membuka aib di dunia itu lebih ringan daripada membuka aib di akhirat kelak. Ya Allah! Berikanlah kepadanya sifat benar dan kurniakanlah kepadanya keimanan yang mengubahnya menjadi lebih baik. Lantas Umar RA mengucapkan suatu kalimah dan Rasulullah SAW ketawa, lalu bersabda: Umar bersamaku dan aku bersama Umar. Dan kebenaran selepasku nanti akan sentiasa bersama Umar di mana-mana jua. [Riwayat Al-‘Uqailiyy dalam al-Dhu’afa al-Kabir, Abu Bakar al-Shafi’i dalam al-Fawaid, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Awsat, al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq, az-Zahabi dalam Mizan al-I’tidal. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 6297]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.