Wahai Umar! Di sinilah kamu curahkan air mata

TEKS BAHASA ARAB

يا عمر! ههنا تسكب العبرات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Umar! Di sinilah kamu curahkan air mata.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 733, hadis nombor 3745. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – قال: استقبل رسول الله – صلى الله عليه وسلم – الحجر، ثم وضع شفتيه عليه يبكي طويلا، ثم التفت فإذا هو بعمر بن الخطاب يبكي، فقال: ((يا عمر! ههنا تسكب العبرات)). [ه، ك، ((الضعيفة)) (1022)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Umar RA berkata: Rasulullah SAW menghadap Hajar al-Aswad, kemudian meletakkan kedua bibirnya ke atasnya dan menangis panjang, kemudian baginda berpaling. Lalu baginda melihat Umar bin al-Khattab menangis dan berkata: Wahai Umar! Di sinilah kamu curahkan air mata. [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya dan al-Hakim dalam Mustadraknya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1022]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs