Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا عمرُ ! ههنا تُسكَبُ العبراتِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Umar! Di sinilah kamu curahkan air mata.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 733, hadis no. 3745. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - قال: استقبل رسول الله - صلى الله عليه وسلم - الحجر، ثم وضع شفتيه عليه يبكي طويلا، ثم التفت فإذا هو بعمر بن الخطاب يبكي، فقال: ((يا عمر! ههنا تسكب العبرات)). [ه، ك، ((الضعيفة)) (1022)]
(Terlalu Daif) Daripada Ibn Umar RA berkata: Rasulullah SAW menghadap Hajar al-Aswad, kemudian meletakkan kedua bibirnya ke atasnya dan menangis panjang, kemudian baginda berpaling. Lalu baginda melihat Umar bin al-Khattab menangis dan berkata: Wahai Umar! Di sinilah kamu curahkan air mata. [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya dan al-Hakim dalam Mustadraknya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1022]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman