TEKS BAHASA ARAB
حديث: يقول اللّه عزّ وجلّ: يا معشر العلماء: إنّي لم أضع علمي فيكم إِلا لمعرفتي بكم قوموا فإني قَد غفرت لكم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Allah SWT berfirman: Wahai ulama’ sesungguhnya Aku tidak meletakkan ilmu kepada kalian melainkan pengetahuan-Ku tentang kamu. Bangunlah, sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosa kalian.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 292, hadis nombor 75. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن عدي عن واثلة بن الأسقع مرفوعًا. وقال: هذا منكر
Ibn Adi meriwayatkan daripada Wathilah bin al-Asqa’ secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), beliau berkata: Hadith ini munkar.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.